Foto terbaru Erra Fazira yang dimuatnya di laman sosial nampak cantik sekali apabila memakai tudung..
bagaimanapun, seorang peminat memberi komen supaya mengelakkan mengambil gambar sisi jika memakai tudung singkat...
faham-faham jelah mata lelaki ni sangat tajam macam pisau, semua nak di tengok...

Namun, yang paling rare ialah apabila jurufoto yang mengambil foto tersebut kantoi apabila gambarnya terpampang pada cermin belakang.
Apapun kami percaya niat upload Fazira bertudung adalah untuk menutup aurat dengan sempurna, bukan nak berfesyen...semoga kita semua sama-sama betulkan niat di bulan ramadhan Yg mulia ini... amin..
Sumber: ceritagempakkomuniti
4 Tips Untuk Jadikan Kerjaya Forex Trader Anda Lebih Mudah ---> KLIK SINI
Seorang kanak -kanak lelaki telah hilang selama dua hari, ini membuat kan keluarga nya risau dan dengan bantuan orang ramai operasi mencari kanak-kanak ini di lakukan.
Kejadian ini berlaku di Songkla Selatan Thai, operasi mencari kanak-kanak ini dilakukan oleh orang yang memiliki ilmu agama yang tinggi di kawasan hutan tempat yang di syaki mereka kanak-kanak terbabit hilang.
Azan di laungkan di kawasan hutan alangkah terkejut nya mereka kanak-kanak terbabit tiba-tiba muncul dari dalam semak hutan tanpa menunjukkan sebarang tanda ada laluan kanak-kanak terbabit sepanjang pencarian orang ramai.
Mengikut mereka kanak ini telah di sorok oleh makhluk halus, kanak -kanak ini telah di beri rawatan islam dengan ayat-ayat quran untuk memulihkan kembali apa yang berlaku pada kanak-kanak yang terpiga-pinga tidak tahu apa yang berlaku kepada nya. Allahuakhbar dengan ayat-ayat suci Al-Quran anak-anak ini di temui.
Sumber: informasipanasmasakini
Sesungguhnya syaitan, jin dan iblis kerjanya untuk menyesatkan dan menganggu kehidupan manusia. Orang kita sebut makhluk...
Posted by Oh Dunia on Tuesday, 20 October 2015
Hukum Trade Forex, Halal atau Haram ?
Saya tulis juga isu ini kerana ada yang email saya bertanyakan tentang adakah pekerjaan saya ini halal atau haram ? Income saya sebagai forex trader adakah halal atau haram ? Sebenarnya topik yang nak dibincangkan ini agak berat sebenarnya, memandangkan kita sebagai umat Islam mempunyai pelbagai pendapat daripada badan-badan kerajaan, ulama-ulama, ustaz-ustaz dan ilmuan-ilmuan. Berikut saya letakkan sedutan video tentang apakah hukum trading forex menurut perspektif Islam. Adakah harus atau haram ? Bagaimana boleh jadi haram, bagaimana boleh jadi harus ?
Terdapat banyak kekhilafan dan percanggahan dalam penentuan hukum halal atau haram forex trading iaitu urusniaga pertukaran matawang secara dalam talian, bukan money changer. Dengar penjelasan terperinci daripada Ustaz Ahmad Dusuki tentang halal haram forex trading.
Ustaz Ahmad Dusuki pernah menjadi panel bagi Rancangan TV9 Tanyalah Ustaz dan beliau tahu selok belok dalam urusniaga forex trading online ini, tentang perkara yang melibatkan margin, leverage, pegangan akaun dalam matawang US Dollar. Beliau juga aktif mengupas isu-isu tentang pasarang kewangan Malaysia seperti Hukum ASB, ASN, pelaburan dan lain-lain.
Bagaimana forex trading jadi Harus bagaimana jadi Haram semuanya di kupas sebaik mungkin dalam video ini. Pastikan anda menonton video ini sehingga habis.
Ulasan peribadi saya :
Terkilan
Saya sebenarnya agak terkilan dengan apa yang difatwakan di Malaysia tentang forex trading ini adalah Haram jika trade secara retail (dipanggil retail trader, trade sendiri) dan halal jika di trade di Bank-Bank. Seolah-olah jika makan ayam yang disembelih sendiri menjadi haram, tetapi jika makan ayam yang di beli dari KFC, yang diapproved dan dilesenkan menjadi halal. Contoh sahaja lah.
Sebenarnya pendapat tentang ini ramai yang mengatakan , jika kita betul-betul yakin forex trading ini halal maka kita boleh trade, dan jika kita yakin betul-betul haram, kita tinggalkannya sebab ia adalah kekhilafan ulama. Ulama dari negara jiran menetapkan harus, mufti di sini menetapkan harus, majlis fatwa menetapkan haram dan pelbagai lagi. Jika kita yakin dan tahu apa yang kita dagangkan dengan ilmu dan tidak berjudi, ia menjadi harus, inshaALLAH kita cari yang halal dan kita tidak berjudi.
Saya juga sedikit terkilan dengan hukum hakam yang ditetapkan untuk produk kewangan di negara kita, contohnya ASB dan ASN, ada yang kata harus, ada yang kata haram, penelitian ada sesetengah kaunter saham yang dimiliki tidak patuh syariah tetapi ada pula panel syariah yang tetapkan harus atau halal. Pelik bukan ? Ia seolah-olah tiada titik panduan dan keputusan yang dibuat berkepentingan pada golongan-golongan tertentu.
Terbaru isu Tabung Haji yang mempunyai kaunter-kaunter saham yang berubah status dari patuh syariah kepada tidak oleh BNM, dan TH memberi 6 bulan masa untuk syarikat-syarikat tersebut untuk patuh syariah, sedangkan income yang datang dari 6 bulan tersebut adakah halal, sedangkan kaunter saham tersebut ditarik balik kelulusan patuh syariahnya. Jadi income dari TH seolah-olah bercampur aduk. Ini sangat merisaukan. Harap semua ini bertambah baik demi menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Pelaburan atau Perdagangan Forex ?
Sebenarnya ada yang keliru tentang perdagangan forex(trade forex) dengan pelaburan forex. Sekarang banyak broker-broker yang tumbuh macam cendawan selepas hujan, mengatakan mereka broker forex dan menawarkan fixed return setiap bulan. Saya ingin menyatakan di sini bahawa itu bukan broker forex yang sebenar dan hukum harus forex tidak dapat diaplikasikan padanya sebab ia adalah perkara lain. Ia pelaburan bukan kita trade sendiri forex dari rumah. Dalam retail trading forex di broker yang betul, tidak terdapat FIXED RETURN dalam forex. Tiada fixed. Semua atas kebolehan dan ilmu kita. Jadi hukum hakam yang dibincangkan di sini tidak dapat dikaitkan dengan syarikat yang kononnya broker forex tersebut.
Berhati-hatilah, sebab ramai skim pelaburan cepat kaya, labu peram, memberikan percent tetap yang berlindung atas nama broker forex sedangkan ia bukan broker forex sebenar. Lambat laun mengikut sejarah, pasti tutup juga syarikat tersebut selepas duit orang ramai sudah berjaya di bolot. Ini boleh jadi haram kerana pemberian komisen yang tetap. Tiada perniagaan yang dipastikan keuntungannya, bagaimana pulangan menjadi keuntungan tetap di beri ?
Saya akan menulis bab bagaimana mengenali broker forex yang betul nanti. Teruskan melawat blog ini. Kita kupas satu-satu.
Kesimpulan
InshaALLAH, kita mencari yang halal, masakan saya menjadikan trade forex income utama saya jika trade forex ini haram. Janji saya faham ilmu trading, faham pergerakan ekonomi yang mempengaruhi matawang, ekonomi dunia dan teknikal serta fundamental analisis, dan posisi buy/sell tidak masuk atas dasar berjudi, saya berpegang kepada hukumnya harus. Semoga ALLAH memberkati kita semua. Amin.
Anda di jemput memberikan pandangan anda dengan komen mengggunakan Facebook di ruangan bawah. Sekian.
Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini - KLIK SINI
Sumber: moshedfx.com
Akibat Tak Dengar Kata.. NENEK TAK DIUNDANG Muncul Dalam Gambar Rumah Tok SU !!! | Sebelum masuk kepada cerita asalnya… Sedikit info tentang rumah warisan melayu ni. Lokasi Rumah Tok Su sekarang adalah berhadapan dengan Wisma Darul Aman tapi Rumah Tok Su ni bukan Asal dari situ tapi di bawa dari Kampung Permatang Kerat, bandar Baharu kemudian di tempatkan kat situ. Susah jugak nak pasang rumah Tok Su ni. Lebih kurang 4 bulan baru siap. Rumah Tok Su ni di beri nama sempena nama anak bongsu pemilik rumah ni.
Telah menjadi viral dalam FB apabila dalam sekeping gambar dua orang wanita bergambar di rumah Tok Su, muncul kelibat mengintai di celahan langsing tingkap. Mengikut kata Adam Meyza, “Td adaa p bgmbaq kat umaa tok su…depa pesan jgn tgkp gmbaq dlm umaa..so tgkp laa gmbaq daqi luaqq .. bdan kak xnmpak … nmpak bnda lain .. tgkap gmbaq ank mnkan pn ttba hilang dlm fon ..caqi xjmpak … klau zoom nmpak mcm pmpuan tua dok tgok tepi tiqai …. msok mmg ceqing bulu qoma ….”
Siapakah gerangan lembaga tersebut? Masih menjadi misteri sehingga kini.

Berapakah Modal Sesuai Untuk Trade Forex ?Semua orang mempunyai peluang untuk improve dan naikkan taraf hidup jika berjaya trade forex dengan cemerlang, tetapi anda perlu ingat yang forex ini adalah sebuah business high risk. Ia adalah real business, high risk dan juga high return. Apabila saya kata tentang high risk dan high return, ramai hanya tertumpu kepada ‘high return’ dan tidak mengendahkan ‘high risk’ tersebut. Dalam forex trading, anda akan mendengar rata-rata bercerita tentang betapa indahnya jika profit, seolah-olah anda hari ini mengayuh basikal dan esok boleh terus membawa Ferarri. Walaupun saya katakan high return, tapi tak bermaksud high return tu adalah gambaran sedemikian rupa. Jadi apa maksudnya ?High return bagi saya adalah jika kita dapat trade dan untung 10%-20% sebulan dari modal pun sudah cukup tinggi. Walaupun ramai compare directly forex business dengan ASB tetapi anda harus ingat. ASB memberi pulangan sekitar 7%-8% setahun sambil anda goyang kaki, tapi anda jangan harap untuk trade forex sambil goyang kaki dan bercita-cita jana 100% dalam sehari. Itu adalah semua tidak masuk logik akal. Trade forex ini ibarat pelaburan yang perlukan ilmu, sama seperti trade saham, stocks market, index, kesemua perlukan ilmu. Mutual fund juga perlukan ilmu. Tetapi antara semua jenis, forex trading adalah paling berisiko dan paling high return kerana instrument-instrument lain tidak dapat berikan pulangan seperti ini.Apabila anda ingin trade forex, anda perlu tahu anda ingin keuntungan dalam bentuk jangka masa lama atau jangka masa pendek. Jika anda memikirkan tentang jangka masa lama, sila fikirkan secepat mana anda perlukan duit tersebut iaitu return dari forex trading tersebut. Ramai yang meletakkan ingin dapat untung setiap hari dan pemikiran inilah yang menyebabkan gagal dalam menjadi forextrader yang sebenar, keuntungan yang diimpikan terlalu singkat dan besar.Saya tak tahu apa orang lain fikirkan dan boleh buat, tetapi bagi saya jika anda dapat memikirkan keuntungan anda boleh perolehi setiap bulan 10%-15% dari forex trading sudah cukup bagus dan ini akan meminimakan risk yang anda perlu tanggung. Katakanlah pendapat saya 15% dari forex trading dianggap betul dan diambil kira.Berapa modal yang sesuai ?Ramai yang cuba ceburi forex tanpa planning, matlamat dan tujuan, jadi terus memulakan trading dengan modal yang sangat kecil seperti USD50 atau USD100. Dengan target 15% sebulan dari USD100, ialah USD15, dalam Ringgit Malaysia nilainya lebih kurang RM45. Sebulan untung RM50 sangat kecil dan trader ini akan rasa tidak berbaloi dengan masanya mengadap forex chart. Akibat rasa tidak berbaloi beliau akan terus trade secara menggila untuk gandakan USD100 tersebut dengan harapan bulan hadapan mendapat keuntungan sekitar USD1000 iaitu 1000%, anda rasa beliau dapat lakukan ? Ramai akan kecundang pada tahap ini.Jadi saya cadangkan dengan pengurusan Money Management Forex yang betul, buat yang mula-mula dan mahu berjinak dalam forex, anda perlu fikirkan perkara-perkara berikut. Anda perlu letakkan modal yang anda sanggup rugi dan USD1000.00 bagi saya adalah modal yang logik untuk anda tingkatkan taraf hidup anda dengan permulaan forex trading. Jika anda masih belum mempunyai USD1000.00 dan teknik forex yang boleh memberikan return 10-15% sebulan, saya cadangkan jangan mula trade real. Anda boleh terus berlatih trading di demo. Ramai yang akan cakap “tak apa, nak try USD100 dahulu sebab nak test trade.” Dan saya tengok ramai trader begini, yang at the end terus deposit berulang kali USD100 tersebut kerana rugi berulang kali dan gangguan emosi.Kenapa USD 1,000 ?Jika bulanan anda dapatkan keuntungan paling minima adalah katakan 20%, ia adalah USD200 dan sekitar RM600. Perbandingan dengan income golongan pekerja am dan golongan pertengahan yang rata-rata mula berjinak menceburi bidang forex trading, RM600 sebulan cukup untuk membeli barang dapur, tingkatkan taraf hidup, ada duit lebih sikit bayar kereta dan lain-lain. Itu sudah cukup memadai untuk anda capai secara konsisten selama 6-12 bulan sebelum meningkatkan modal untuk meningkatkan taraf hidup anda. Dan dengan matlamat anda yang jelas dan betul dari mula, anda tidak akan terpesong jauh membuat kesalahan yang sama yang saya katakan tentang sebelum ini. Ia semua adalah dari pengalaman dan pengamatan saya sepanjang saya di dalam forex business ini, terpulang kepada anda untuk terima atau tidak.Boleh juga rujuk post Bayar Ansuran Kereta dengan Income Forex Trading – mungkin anda akan belajar sesuatu. Ingat, forex ini bukan skim cepat kaya, dan bukan program pelaburan goyang kaki. Forex perlukan ilmu dan trading real, tiada return bulanan dari broker secara tetap, trade ada pulangan, tak trade tidak ada. Ops, untuk meminimakan risiko anda juga, jangan trade dengan broker yang salah, kalau tidak sebagus mana pun anda trade forex, tidak akan berguna jika ‘pihak’ yang menguruskan forex trading aktivity anda adalah pihak yang anda salah pilih.what you do today will determine your future – MoshedFX
Sumber: moshedfx.com
Gambar ini diambil masa kemalangan tapi yang duk seberang jalan tu sape??? Macam kudung jer tangan dia..
Sumber: pengasahpencil
BANK MANA BAGI LOAN SENANG?
Lain bank lain prosedur untuk membuat pinjaman(loan). Prosedur bank yang rumit dan ketat membuatkan ramai diantara kita susah untuk membuat loan. Tidak kiralah personal loan atau loan perumahan kesemuanya perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh setiap bank.
Jika anda adalah pekerja kakitangan awam sudah pasti pinjaman atau loan mudah lulus kerana “guarantor” anda adalah kerajaan. Guarantor atau bahasa Melayunya iaitu penjamin adalah perkara penting dalam membuat pinjaman. Bagi sektor swasta sudah tentu agak susah sedikit untuk membuat pinjaman terutamanya pinjaman peribadi atau bahasa inggerisnya “personal loan”.
Dalam artikel yang ditulis kali ini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk senang lulus loan. Mungkin ramai yang mencari info seperti ini:
bank mana senang lulus loan?bank mana senang lulus loan kereta?bank yang senang buat loanbank yang senang buat loan rumahbank senang buat personal loanbank senang buat personal loan 2014
Diharap artikel kali ini dapat memberikan jawapan kepada anda yang mencari bank manakah yang mudah untuk lulus loan. Dalam artikel kali ini, saya mencadangkan Bank Islam dan CIMB sebagai pilihan utama dalam membuat loan. Saya mencadangkan kedua-dua bank ini adalah kerana berdasarkan pengalaman daripada ramai kakitangan swasta yang membuat loan perumahan mahupun personal loan. Bank Islam dan CIMB sangat mudah untuk lulus pinjaman kerana prosedurnya tidaklah terlalu ketat dan menyusahkan.
Tetapi saya sarankan Bank Islam adalah pilihan yang pertama kerana bank ini menawarkan produk pembiayaan peribadi yang menarik, kompetitif dan tidak banyak songeh seperti bank yang lain. Interest pinjaman adalah paling rendah berbanding bank yang lain dan tempoh pembayaran balik adalah selama 15 tahun.
Jika anda ingin memohon pinjaman Bank Islam sila layari laman web di sini KLIK SINI
Diharap artikel ini dapat membantu anda semua dalam membuat loan cepat lulus. Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah ini.
Sumber: blogammar.com
Sebuah kejadian aneh dan menyeramkan berlaku di jalan-jalan bandar Quezon ,
Filipina apabila seorang lelaki terbunuh selepas ditembak mati ketika tengah memandu motosikalnya .
Dilansir Viral4real , Senin ( 2/11/2010 ) , selain kematiannya yang mengenaskan ,
kejadian lain yang menjadi perhatian iaitu munculnya sosok lelaki yang sama
dengan mangsa penembakan yang terkapar di jalanan dengankondisi kepala mengeluarkan darah segar .
Foto yang kini telah tersebar luas di internet tersebut , seorang lelaki memakai
fesyen dan warna rambut yang sama .
Banyak yang menilai kalau sosok tersebut merupakan roh dari korban penembakan tersebut . Lelaki tersebut berada di tengah – tengah lelaki sambil
l melihat ke arah korban penembakan tersebut Sementara itu , sejumlah netizen yang melihat gambar tersebut manggap hal itu hanyalah kebetulan dan tidak perlu menjadi perdebatan
Sumber: qasyahfulmalayworld
APAKAH YANG DIKATAKAN ROH?
Di dalam kitab-kitab Islam, didapati ada bermacam-macam nama atau istilah roh yang diberi oleh ulama. Bahkan dalam Al Quran kalau kita lihat ada bermacam-macam nama. Antara yang terkenal ialah roh. Adakalanya ia dipanggil dengan qalbun (hati), fuaadun(hati sanubari), latifatur-rabbaniah atau ruhul amri. Pada orang Melayu ia juga dipanggil hati, nyawa, hati nurani atau hati sanubari. Tetapi yang terkenalnya adalah roh saja.
Roh yang sedang kita perkatakan ini, kalau dia berperasaan seperti sedih, gembira, senang, terhibur, marah atau sebagainya, maka ia dipanggil dengan roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkemahuan atau merangsang sama ada sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia tidak dipanggil roh, hati atau nyawa lagi. Tetapi ia dipanggil nafsu. Kalau di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik, maka ia dipanggil akal.
Kalau begitu huraiannya, maka nafsu, roh atau akal ini hakikatnya adalah satu. Ia dipanggil akal di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik. Walhal bila berperasaan, ia tidak dipanggil akal lagi, sebaliknya ia dipanggil roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkemahuan atau merangsang sama ada sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia dipanggil nafsu. Kalau begitu walaupun ia mempunyai tiga nama atau tiga istilah tetapi hakikatnya adalah satu. Benda yang sama juga. Cuma peranannya saja yang tidak sama. Peranan yang tidak sama itulah yang menjadikan namanya tidak sama atau namanya berlainan.
Untuk mudah difahami begini kiasannya: manusia bila dia berbohong dinamakan pembohong. Bila dia menipu dinamakan penipu. Tetapi bila dia mencuri dinamakan pencuri. Bila dia memimpin dipanggil pemimpin. Dinamakan pembohong, penipu, pencuri dan pemimpin, hakikatnya adalah orang yang sama. Cuma namanya berbeza bila peranannya bertukar. Kenapa fizikal yang sama boleh timbul istilah yang berlainan? Ini kerana peranannya tidak sama. Apakah bila namanya berlainan, orangnya berlainan? Tidak! Orang yang sama juga. Perlu diingat, bila kita membicarakan tentang roh ini, bukannya pula kita hendak mengkaji hakikat roh atau mengkaji ain ataupun mengkaji hakikat zat roh itu. Kerana zat atau hakikat roh itu tidak akan dapat dilihat oleh mata kepala. Kerana ia adalah jismullatif , yakni benda halus yang bersifat maknawiah atau abstrak. Iaitu tidak dapat dilihat oleh mata kepala tetapi terasa akan adanya.
Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya: “Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, ‘Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku…” (Al Israk: 85)
Daripada ayat ini dapatlah kita faham bahawa hakikat roh itu tidak akan dapat dijangkau oleh mata kepala. Zat roh itu tidak akan dapat difikirkan oleh akal. Kita tidak tahu bagaimana rupanya. Sebab tidak dapat dilihat oleh mata kepala. Tetapi terasa oleh hati akan adanya. Maka oleh yang demikian, hakikat roh itu tidak dapat difikirkan oleh akal bagaimana rupanya, bagaimana bentuknya, berapa tebal atau panjangnya. Ia tidak dapat dibayangkan. Hanya Allah yang tahu dan tidak ada makhluk yang tahu.
Walaupun Allah berkata hakikat roh atau zat roh tidak dapat diketahui dan tidak dapat dijangkau oleh akal dan mata kepala, namun ada juga ulama-ulama yang berijtihad tentangnya. Antaranya ialah Imam Malik. Beliau pernah berkata: “Roh manusia itu sama saja bentuknya dengan jasad lahirnya.” Kalau diambil ijtihad Imam Malik itu, ertinya rupa roh kita ialah macam rupa bentuk badan lahir kita. Ini juga memberi erti bahawa walaupun Allah berkata roh itu adalah urusan-Nya, iaitu hakikat roh itu Allah saja yang tahu dan makhluk lain tidak mengetahuinya, tetapi tidak pula ada larangan dari Allah kalau ada sesiapa yang ingin berijtihad untuk mengkajinya.
Bagi sesetengah orang, mungkin Allah beri ilmu yang mendalam tentang hal ini sehingga dia dapat menjangkaunya. Oleh itu maksud ayat Al Quran yang menyatakan ‘roh itu adalah urusan Tuhanku’, Allah bermaksud kebanyakan manusia tidak dapat mengetahuinya tetapi tidak pula menolak kalau ada orang-orang yang tertentu secara khusus yang Allah beri ilmu tentang hakikat roh ini sehingga dapat menghuraikannya.
Imam Malik memperkatakan hakikat roh ini bukan berdasarkan ijtihadnya saja tetapi juga berdasarkan kasyaf. Kalau berdasarkan ijtihad tidak mungkin akal beliau dapat menjangkaunya kerana roh itu jismullatif (tubuh halus). Ia adalah hati nurani yang bersifat maknawiah. Diibaratkan seperti cahaya. Bahkan cahaya, dapat juga dilihat tetapi cahaya yang ini tidak dapat dilihat atau ia jenis cahaya yang tersembunyi.
Bagaimana pula hendak diijtihadkan? Ijtihad itu dibuat pada benda-benda yang berketul atau benda yang dapat dilihat. Benda-benda yang boleh diraba dan dirasa. Tetapi roh, benda yang tidak boleh diraba, tidak boleh dirasa dan tidak boleh dilihat oleh mata kepala. Jadi bagaimana hendak diijtihadkan. Oleh itu atas dasar apakah roh seseorang itu seperti rupa bentuk lahirnya sebagaimana pendapat Imam Malik itu? Allah beri dia (Imam Malik) kasyaf. Allah perlihatkan roh itu. Roh yang jismullatif itu dibentukkan, dilihatkan macam rupa diri seseorang itu. Kalau begitu apa yang dimaksudkan oleh Al Quran bahawa tidak ada orang yang mengetahui hakikat roh itu melainkan Allah saja, itu adalah untuk orang awam. Manakala bagi orang yang khusus macam Imam Malik mungkin Allah beritahu padanya sebagai karamahnya.
Pendapat Imam Malik ini agak munasabah, boleh diterima dan agak rasional. Contohnya kita bermimpi melihat seseorang yang kita tidak pernah jumpa atau dengan orang yang pernah kita jumpa sama ada yang masih hidup mahupun sudah mati. Apa yang kita lihat dalam mimpi itu serupa dengan bentuk lahir orang itu. Sedangkan orang yang kita lihat dalam mimpi itu rohnya bukan orangnya. Mungkin waktu itu orang tersebut berada di rumah atau telah berada di alam Barzakh.
Jadi di waktu itu dia adalah roh. Roh bertemu dengan roh. Tetapi mengapa dalam mimpi kita roh orang itu serupa dengan dirinya? Sedangkan bukan berjumpa jasadnya tetapi rohnya. Ini membuktikan roh orang itu macam jasadnya juga. Jadi benarlah apa yang diijtihadkan oleh Imam Malik itu. Begitu juga orang yang diyakazahkan melihat secara jaga orang yang sudah meninggal dunia. Contohnya melihat Rasulullah, melihat para ulama zaman dahulu atau sesiapa sahaja yang dia kenal. Dia melihat Rasulullah betul-betul macam Rasulullah. Atau dia melihat gurunya benar-benar macam gurunya, melihat ibu dan ayahnya serupa macam ibu dan ayahnya, tidak ada cacatnya. Sedangkan mereka sudah mati. Waktu itu yang dilihat adalah rohnya. Ini juga membuktikan benarnya pendapat Imam Malik yang mana roh seseorang itu serupa dengan diri lahirnya.
Contoh lain, Rasulullah SAW sewaktu diisrak dan dimikrajkan telah ditemukan dengan roh para rasul dan para nabi. Rasulullah SAW lihat mereka sepertimana melihat jasad-jasad mereka. Ini juga merupakan bukti yang rasional bahawa roh seseorang itu sama rupanya dengan bentuk jasadnya. Boleh jadi juga ayat Al Quran di atas itu bermaksud bahawa ayat itu khusus ditujukan kepada orang-orang kafir. Yakni mereka ini memang tidak memahami tentang perjalanan roh dan fungsinya. Allah SWT memberitahu kepada kekasih-Nya, Rasulullah SAW bahawa mereka tidak akan faham tentang hal ini. Kekufuran mereka itulah yang menghijabnya sepertimana huraian saya yang panjang lebar tentang hal ini di dalam Bab Mata Hati. Dikeranakan itulah menjadi penyebab mereka langsung tidak memahaminya.
Allah SWT tidak meminta Rasulullah SAW bersusah payah untuk pergi memahamkan orang-orang kafir itu tentang hal roh ini. Lantaran itulah dikatakan roh itu urusan Allah. Ini bukan pula bermaksud umat Islam pun turut sama dilarang mengkaji tentang roh. Bahkan umat Islam mesti memahaminya sungguhsungguh tentang perjalanan roh ini. Kalau tidak bagaimana pula hendak membaiki diri? Atau bagaimana hendak mengekalkan watak-watak kemanusiaannya dan bukan watak kebinatangannya.
Untuk ini kita wajib memahaminya serta menghayati watak-watak kemanusiaan itu. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan. Kerana hati manusia boleh menerima perintah suruh dan perintah larangan. Kerana itulah ia disebut ruhul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, maka ia disebut ruhul hayah.
Sumber: usahataqwa.com
[PELIK] Lelaki Misteri Muncul Dalam Gambar | [GAMBAR EKSKLUSIF] Ketika Mengerjakan Umrah | MISTERI. Nampak lelaki berjubah hitam dan berselendang putih di belakang tu?? Gambar ni admin jumpa masa godek2 pakcik google tadi…
Ermm..sebenarnya gambar ni dah lama….mungkin anda dah pernah tengok… Gambar ini bertarikh 6-4-2010…
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ini petikan dari sumber gambar ni…
“Photo ini diberi oleh seorang rakan saya. Photo ini diambil semasa ahli keluarga mereka mengerjakan umrah. Katanya semasa photo tersebut diambil, tiada imej lelaki berjubah hitam dan berselendang putih tersebut.
Tetapi bila pulang ke Malaysia barulah mereka perasan akan adanya imej lelaki tu. Kesian kedua-dua wanita dalam photo ni, ketakutan sampai demam-demam.“
Persoalannya, siapa lelaki berjubah hitam tu?? dari mana dia muncul? Sekali pandang, memang gerun…namun hakikatnya ia tetap tetamu Allah….dia tetap hamba Allah…
Ada yang kata mungkin Jin Islam…sama2 nak beribadah di sana… X pasti. Anda rasa? edit ke? Ia kekal misteri sehingga sekarang… Selayaknya, kita hanya wajib takut pada Allah…. Wallahuaalam….
Sumber
10 Fakta yang Anda Perlu Tahu Tentang Jin
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannyaAzazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramalpuluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tundukmenghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.melaknat dan perintah turun ke bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu JinIslam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orangMelayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin palingsuka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayuini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliaumenambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,adik-beradik jin lah tuu.
5) Temp at tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dankubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " SalaMun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan NabiSulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membacaucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masabila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bilapula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebabjika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-niliknasib, pembohong.... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,memerintahkan jin untuk membina istananya, sehinggaNabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengantongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dantongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaimanpun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa NabiSulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air dilombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktutengah malam.. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumahyang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal disitu. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membacasurah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayusuka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orangyang di rasuk.
Sumber: gerbanginfoanda
41 tanda dalam badan anda ada jin
Ada ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil peduli pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat iman.
Itu kata kawan-kawan yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin.
Bagi mereka yang berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal seperti itu.
Jika kawasan yang orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk jin masuk ke dalam darah.Persamaan jin dengan orang gila
Saya pernah berbincang dengan mereka bahawa terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila, dan dia buat apa yang dia suka.
Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.
Begitulah juga dengan jin. Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin. Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.
Simptom kena jin
Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah. Jika anda sering mengalami masalah-masalh yang tersebut, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.2) Badan terasa berat dan malas.3) Sukar mendapat jodoh.4) Badan terasa bisa-bisa.5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.6) Sukar tidur malam.7) Sakit pinggang tanpa sebab.8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.11) Bermimpi di tempat tinggi.12) Bermimpi di tempat yang kotor.13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.15) Bayi kerap menangis.16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.19) Malas beribadat.20) Nyanyuk ketika usia lanjut.21) Panas baran.22) Sikap berubah secara mendadak.23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.24) Suka melakukan tabiat buruk.25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.26) Kerap keguguran.27) Gagal melakukan hubungan kelamin.28) Mengantuk bila dengar al-quran.29) Bermimpi seram yang menakutkan.30) Darah haid turun lebih 15 hari.31) Batuk yang berpanjangan.32) Selalu ditindih ketika tidur.33) Kuat berangan.34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.35) Nafsu seksual yang melampau.36) Selalu melihat kelibat dirumah.37) Terasa diri selalu diperhatikan.38) Mandul.39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.40) Melihat jin secara terus.41) Sakit mental atau gila.
*Sumber dari jalanakhirat.wordpress.com
Sumber: detikislam
JIN ISLAM...PENDAMPING BAIK...?
Apabila jin itu mendampingi sesorang manusia makakita akan mengatakan ia Jin Islam apabila ia mem-punyai antara ciri-ciri di bawah...
...iaitu...
1.Jin itu memperkenalkan dirinya dengan nama-namaIslam...terutamanya nama-nama dalam Bahasa arab...
2.jin itu mengaku beragama Islam...malah tak kur-ang yang mengaku sebagai bunian...Syeikh-Syeikh...wali-wali...dan sebagainya...
3.wajah biasanya cerah...tenang...bercahaya...tenang...nampak seperti orang-orang baik atau orang-orangsoleh...dan sebagainya...
4.Jin itu berpakaian seperti orang-orang baik dan soleh...mungkin serba putih...serba hijau...berketayap...berserban jubah dan sebagainya...
5.Jin itu suka berzikir..atau sentiasa membawa tasbih...
6.Jin itu suka bercakap atau mahir mengenai hal-hal agama.
7.Jin itu suka menasihati...dengan nasihat-nasihat yangbaik..atau ' macam baik '...
8.Jin itu melarang perkara-perkara mungkar...
9.Jin itu menolong manusia walau apa pun cara yang iaperlihatkan...seperti merawat...memberi panduan..mencariorang hilang dan sebagainya...
10.Jin itu solat ' macam ' lima waktu...
11.Jin itu pandai atau suka...atau mahir...membaca Ayat-ayat Qur'an...
12.Jin itu hafal ayat-Ayat Qur'an atau hadis...atau kata-kata hikmah...
13.Jin itu suka memuji orang-orang baik...
14.Jin itu hanya makan makanan halal...
15.Jin itu kelihatan sangat terpelajar...atau tinggi ilmuterutama ilmu agama...
16.Jin itu tahan dibacakan ayat Kursi...dan boleh membacaayat Kursi...dan kadang-kadang menggalakkan orang membacaayat Kursi...
..dan sebagainya...
Sebenarnya...kalau setakat antara tanda-tanda di atas...atau malah kesemua tanda-tanda di atas...jin kafir juga bolehbuat...apalagi jin saka ilmu...Jin Munafik...Jin Murtad...jinIfrit...dan sebagainya...
Yang penting...ia ada ilmu...dan bakat atau pakar berlakon...dan tak kurang...biasanya...jin itu kenal siapa anda..apa kel-ebihan dan kelemahan anda...apa kepercayaan dan keyakinan anda...dan mungkin ia tahu sejarah hidup anda...keluarga anda...keturu-nan anda dan sebagainya...terutamanya kalau ia adalah jin sakakeluarga atau keturunan anda sendiri...
Ini semua penting...kerana jin itu akan mempergunakan segalapeluang dan laluan yang akan membuat anda ' tergamam' takdapat menolak...yakin dengannya...malah ' termakan ' akan seg-ala taktiknya...termasuklah taktik secara Psikologi...
Maka untuk mendapat kepastian lanjut tentang agamanya...andarujuk pada jabatan Agama Islam...?
Biar apa pun alasan anda untuk mengatakan ia adalah Jin Islamanda ada peluang sepenuhnya untuk menjadi mangsa penipuannya.
...dan yang pasti...pada hakikatnya...anda sedang berhadapandengan suatu makhluk ghoib yang sama sekali tak anda kenali...malah biasanya apa pun bentuk penampilannya...terutama bilajin itu mengaku Islam...maka adalah sekadar penyerupaan se-mata-mata...dan tak ada kena mengena dengan rupanya yangsebenar...
JIN ISLAM MASJID NEGERI...
Apabila seorang rakan mengetahui kehadiran Jin Islam diMasjid Negeri...ia pernah memanggil jin itu ketika ia cubamenegeluarkan jin daripada badan seseorang...tapi ternyataJin itu tak datang...malah tak ada sebarang tindakbalas( tak di pedulikan ).
Pada suatu masa lain...apabila berjumpa dengan jin tersebutrakan itu bertanya tentangnya...
...dan jawab Jin masjid Negeri itu...seandainya pesakit ituakan mati sekalipun...ia tak akan datang...kerana syirikbagi manusia memanggil jin meminta pertolongannya...
Kita tak akan tahu..adakah Jin itu benar-benar Jin Islam diMasjid Negeri...tapi penjelasannya sesuai degan hukum danboleh diterima...
SYIRIK KERANA ADA JIN PENDAMPING...
Adalah jelas hukumnya meminta pertolongan dari jin tak kiraia Jin Islam atau bukan...contohnya nak minta perlindungandiri...keluarga dan harta....dan sebagainya...
Namun bagaimana kalau anda tak pernah pun meminta pertolon-ngannya?
Anda perlu memastikan beberapa perkara...dan antaranya...
1.Anda merasa selamat kerana ada jin pendamping...
2.Anda merasa berani kerana ada jin pendamping...
3.Anda merasa bangga...bertuah atau beruntung kerana adajin pendamping...
4.Anda merasa ada kelebihan kerana ada jin pendamping...
5.Anda merasa ada daya penarik kerana ada pendamping...takkira pengasih...pelembut...atau penarik rezeki kerana adajin pendamping...
6.Anda merasa segala urusan anda menjadi mudah kerana adajin pendamping...
7.Anda merasa diri hebat kerana ada jin pendamping...
8.Anda merasa mulia diri...atau manusia terpilih kerana adajin pendamping...
9.Anda merasa bijaksana kerana ada jin pendamping yang selalumemberi panduan ilham dan sebagainya...
10.Anda merasa diri ada ilmu yang tinggi kerana ada jin pen-damping...
..dan sebagainya...
Maka apabila anda merasa mana-mana antara yang tersebut di-atas...anda telah jatuh kepada syirik dan menyekutukan Tuhankerana yang demikian itu menunjukkan ada pergantungan hatianda kepada jin pendamping...
Oleh kerana semuanya itu sungguh halus...walau bagaimana punanda berhati-hati...tak mustahil anda akan terjerumus jugapadanya suatu masa nanti...
Ia terutamanya dengan pengalaman-pengalaman yang melibatkanpenggunaan jin itu secara langsung atau tak langsung...
...atau jin itu sentiasa membisikkan kepada telinga atau hatianda akan kelebihan-kelebihan anda memilikinya...terutamanyakalau jin itu adalah syaitan...iaitu jin yang sebenarnya datang untuk meyesatkan anda atassesuatu kepetingannya...
KAITAN PENDAMPING DENGAN SERANGAN JIN...
Permusuhan antara sesama jin adalah perkara biasa...dan takmendatangkan masalah kepada anda kecuali apabila ada antarajin yang bermusuhan itu datang menjadikan anda sebagai tem-pat bersembunyi atau perisai manusianya...
Sebab-sebab lain yang mengakibatkan anda menjadi sasaran ser-angan jin adalah apabila anda berdamping dengan jin...tak kira ia Jin Islam atau bukan...
Perkara biasa sahaja...apabila ada persaingan atau uji men-guji ilmu antara sesama jin ilmu pendamping manusia...
Itu antara rahsianya anda sakit...atau rasa serangan apa-bila berjumpa seseorang yang juga ada pendamping jin...
Itu juga sebabnya apabila tiba-tiba anda merasa marah ataubenci kepada seseorang lain tanpa sebab...yang pada hakikatnya adalah kebencian antara sesama jinpendamping...terutama kalau jin itu menguasai perasaan anda.
Pernah dua rakan yang berkawan baik...apabila dirasuk jinsaka masing-masing...mereka menjadi benci antara sesamanyahingga menyebabkan pertarungan dan kebencian yang berpanja-jangan...
Kalau jin pendamping anda lemah pula...maka sebaik caramengelak serangan jin lain samada jin pendamping manusiaatau jin liar tanpa tuan adalah dengan cara...
-jin itu mengecilkan dirinya...dan bersembunyi dalam badananda...
-jin itu bersembunyi di belakang anda...
...maka anda akan terlibat secara langsung menghadapi se-rangan jin...
Atau jin pendamping anda itu lari...tapi ada angin bisa-nya dalam badan anda...maka anda boleh menjadi sasaran se-rangan...atau...jin itu diserang...dan anda sendiri merasakesan dan kesakitannya kerana ada angin bisa jin itu dalambadan anda...
Angin bisa jin itu akan menghubungkan anda dengan jin ter-sebut secara langsung kerana itu sajalah satu-satunya caranak menguasai atau nak menganiaya anda...
Dalam satu segi...angin bisa jin pendamping dalam badananda boleh menjadi laluan jin lain turut masuk ke dalam.
...maka kadang-kadang jin menyerang anda kerana jin itunampak laluannya...
Tak kurang pula anda menghadapi serangan jin lain keranajin-jin itu dipanggil masuk oleh jin pendamping anda...dengan sebab-sebab yang jin itu saja tahu...termasukkerana nak membalas dendam terhadap anda...
Lebih anti...lebih jauh anda daripada sengaja berdampingdengan jin...lebih kuat dan lebih selamat pula anda dari-pada serangan jin...
JIN TAK MAKSUM...
Jin bukanlah makhluk yang maksum...atau terjaga dari per-buatan dosa...malah sifatnya yang tak kelihatan oleh pan-dangan mata biasanya menjadi sebesar-besar dorongan untukjin itu berlaku aniaya terhadap anda...keluarga anda...rakan-rakan anda dan sebagainya...
Mungkin anda tahu dua tiga perkara tentang jin pendampinganda...tapi pastinya banyak lagi perkara mengenainya yangmenjadi rahsia...dan di sana tersembunyi akan segala tipu-daya...kejahatan dan bahayanya...
Sekurang-kurangnya kalau anda tak kisah tentang diri andasendiri..jangan perjudikan nasib orang-orang yang andasayang...kerana pada hakikatnya...jin itu adalah di luarkawalan anda sendiri...
Keputusan anda di saat ini mungkin akan menentukan sejarahhidup anak cucu dan keturunan anda untuk selama-lamanya...
Wallohu a'lam
Sumber: junied-rahsianampakjin