Tuesday 3 November 2015

Filled Under:
,

GEMPAR !! Pelawak Super Spontan 2015 KANTOI Hantar MESEJ "BLUE" Pada Gadis Muda ?!!





    Kami menerima satu lagi perkhabaran kurang enak tentang pelawak ini yang bermain dalam rancangan super spontan 2015

    Sehingga hari ini, peminat masih tertanya tanya siapakah gerangan pelawak terkenal ini.. memperdaya gadis-gadis muda untuk memuaskan nafsunya sendiri melalui mesej-mesej nakal dan lucah yang menjadi viral di media sosial.

    Sumber asal: beritaharianon9


    Skim Pinjaman Yang Ditawarkan Oleh Bank-Bank Tempatan

    Institusi kewangan seperti bank-bank tempatan di negara kita begitu pesat membangun ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Jika disenaraikan bank-bank yang terdapat di Malaysia, sudah tentu jumlahnya akan mencecah dua angka dan berkemungkinan boleh lebih daripada itu. Kewujudan bank-bank ini mempunyai objektif yang tersendiri. Bukan hanya menyediakan pelaburan-pelaburan, akan tetapi institusi perbankan ini juga turut menyediakan skim-skim yang bertujuan untuk membantu masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum. Bank-bank juga memainkan peranan penting dalam menjana kedudukan ekonomi negara kearah yang lebih baik. Skim pinjaman merupakan salah satu skim yang begitu popular dan boleh dikatakan menjadi satu perkhidmatanwajib bagi setiap perbankan. Skim pinjaman ini berbeza dengan skim yang lain seperti skim pelaburan dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat beberapa skim pinjaman yang ditawarkan oleh pihak perbankan ini.

    1.0 Skim Pembiayaan AgroCash-i (Bai’ Al-Inah) Bank Agro
    Agro bank merupakan antara bank yang ada menawarkan skim pinjaman. Antara servis yang ditawarkan adalah AgroCash-i atau Bai’ Al-Inah. Skim ini menyediakan kemudahan pembiayaan bagi tujuan pembiayaan kepenggunaan terutama yang dengan aktiviti pertanian dan asas tani. Selain itu, skim ini juga meletakkan syarat-syarat tertentu kepada masyarakat umum yang berminat untuk mendapatkan khidmat servis ini. Antara syarat yang diletakkan adalah pembiayaan atau pinjaman ini hanya boleh dilakukan oleh kakitangan kerajaan atau mana-mana syarikat yang mempunyai hubungan dengan kerajaan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom, Syabas, Sirim, Malaysia Airport Berhad, POS Malaysia Berhad dan Institut Jantung Negara (IJN). Had pembiayaan atau pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Agro melalui skim ini juga mencecah sehingga RM100,000 dan meletakkan tempoh pembiayaan selama 20 tahun. Melalui skim ini, dapat dirumuskan bahawa pinjaman yang ditawarkan sudah pasti dapat memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu pihak bank dan juga bagi pihak peminjam.

    2.0 Skim Pinjaman Peribadi Bank Simpanan Nasional (BSN)
    Contoh lain pula adalah seperti Skim Pinjaman Peribadi (Personal Loans) yang ditawarkan oleh bank Simpanan Nasional (BSN). Skim pinjaman peribadi ini mengenakan syarat khusus iaitu hanya warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dan merupakan salah seorang pemegang Sijil Simpanan Tetap BSN yang dibenarkan yang hanya layak untuk memohon skim pinjaman ini. Akan tetapi skim pinjaman ini hanya menawarkan pinjaman maksimum sebanyak RM5000.00 sahaja dan tempoh minimum pinjaman adalah selama 2 tahun manakala tempoh maksimum pinjaman pula adalah selama 10 tahun. Pinjaman seperti ini merupakan pinjaman secara kecil-kecilan dan sememangnya sesuai untuk dilakukan melalui pinjaman peribadi. Langkah Bank Simpanan Nasional menyediakan kemudahan pinjaman seperti ini ternyata dapat membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan kewangan. Pembayaran semula juga boleh dilakukan dalam tempoh yang tertentu dan ini memberi kelonggaran kepada peminjam untuk melunaskan pembayaran balik pinjaman yang dilakukan.

    3.0 Skim Pembiayaan Mekanisasi atau Automasi Pertanian oleh Bank Pertanian Malaysia
    Selain itu, kita juga boleh melihat kepada skim pembiayaan atau pinjaman yang diasaskan oleh Bank Pertanian dengan objektif untuk membantu masyarakat yang ingin memajukan atau menceburi bidang pertanian. Hal ini selaras dengan hasrat mantan Perdana Menteri keempat iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meyarankan agar pertanian menjadi suatu perniagaan. Skim Pembiayaan Mekanisasi atau Automasi Pertanian merupakan antara skim yang ditawarkan oleh bank ini. Skim ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan pinjaman bagi pembelian jentera, mesin dan alat automasi yang boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti sector pertanian dan pendapatan usahawan. Fakta lain yang perlu kita ketahui adalah bahawa dalam Rancangan Malaysia Kelapan, sejumlah RM18 juta telah diperuntukkan bagi membiayai skim ini. had pembiayaan juga menjangkau sehingga 70% sehingga 90% daripada keseluruhan kos projek. Melalui skim ini juga, pinjaman yang dihadkan kepada golongan individu atau perkongsian adalah dengan nilai minimum sebanyak RM2000 dan nilai maksimum pinjaman yang dibenarkan pula boleh mencapai sehingga RM300,000. Bank Pertanian Malaysia juga turut melatakkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Persatuan Nelayan Negeri (PNN), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) serta ahli PPK dan ahli PNK sebagai kumpulan sasar bagi skim pinjaman pertanian ini. Untuk memudahkan lagi pihak peminjam, pihak BPM menawarkan pembayaran balik pinjaman secara bulanan atau dengan mana-mana cara yang lain yang dipersetujui oleh pihak bank. Jelas, bentuk skim pinjaman yang ditawarkan seperti ini sudah pasti dapat membantu sedikit sebanyak usaha-usaha mereka yang berminat untuk menceburi sektor pertanian.

    4.0 Skim Pinjaman Peribadi-i (Pakej) oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
    Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) juga turut mempromosikan beberapa skim pinjaman kepada masyarakat umum yang berkelayakkan. Antara skim yang ditawarkan adalah Skim Pembiayaan Peribadi-i yang ditawarkan dalam bentuk Pakej dan Bukan Pakej. Dua kategori ini diperkenalkan kepada umum bagi membolehkan masyarakat memilih skim pinjaman mengikut citarasa dan kesesuaian masing-masing. Amaun minimum yang dihadkan dalam pinjaman peribadi ini adalah sebanyak RM10000 dan RM200,000 bagi amaun maksimum pinjaman yang dibenarkan oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Namun, seperti skim-skim pinjaman peribadi yang diperkenalkan oleh bank-bank yang lain, BIMB meletakkan syarat bagi pihak peminjam bahawa mereka mestilah mempunyai pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM1500 sebulan. Pemohon pinjaman juga mestilah terdiri daripada pekerja-pekerja yang berkhidmat dalam sektorkerajaan, syarikat senarai awam yang terpilih, anak-anak syarikat kerajaan, syarikat sendirian berhad yang terpilih yang diketegorikan di bawah pakej syarikat yang disenaraikan oleh pihak Bank Islam. Lebih menarik lagi apabila skim pinjaman peribadi ini turut mengandungi pelan perlindungan Takaful. Pembayaran semula boleh dilakukan melalui potongan gaji ataupun pindahan gaji ke bank Islam dengan melalui arahan Autodebit. Tempoh pembayaran semula yang dikenakan adalah maksimum 15 tahun atau 180 bulan ataupun sehingga umur persaraan dengan melihat yang mana lebih awal. Pinjaman seperti ini mungkin begitu sesuai untuk kakitangan kerajaan. Sungguhpun begitu, Pembiayaan Peribadi-I dengan pakej ini mengenakan faedah yang paling tinggi adalah sebanyak 5.50% setahun bagi tempoh pembayaran 11 tahun sehingga ke 15 tahun.
    Terdapat banyak lagi skim-skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan oleh bank-bank di negara kita. Melihat kepada skim-skim pinjaman ini, dapat disimpulkan bahawa masyarakat di Malaysia dewasa ini mempunyai banyak pilihan serta panduan untuk memilih bantuan pinjaman yang disediakan. Kadar atau faedah yang dicaj oleh pihak-pihak bank kebiasaannya menjadi satu kayu ukur bagi pihak yang ingin membuat permohonan pinjaman. Sudah pasti, skim pinjaman yang menawarkan kadar atau bayaran faedah terendah yang menjadi pilihan. Selain itu, terdapat juga skim-skim pinjaman yang tidak berbentuk peribadi seperti Skim Pembiayaan Mekanisasi atau Automasi Pertanian yang lebih bertujuan untuk membantu usahan-usahawan pertanian mengembangkan lagi perusahaan mereka. Pendek kata, objektif-objektif utama skim-skim pinjaman ini adalah bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan.
    Kes Pinjaman Wang Melalui Syarikat-Syarikat yang Tidak Berlesen
    Kita seringkali juga terbaca berita-berita di akhbar mahupun di media elektronik yang menceritakan tentang kes-kes pinjaman duit daripada syarikat yang tidak mempunyai lessen dalam menjalankan perniagaan mereka. Syarikat-syarikat seperti ini juga lebih dikenali dengan nama Along. Sungguhpun menyedari bahawa meminjam wang daripada ‘along’ ini boleh mengundang seribu satu bahaya, namun masih ada dalam kalangan masyarakat yang tetap berani untuk menggunakan Along sebagai medium untuk mendapatkan khidmat pinjaman wang kerana dikatakan bahawa pinjaman wang melalui Along ini adalah lebih mudah dan kurang kerenah birokrasi. Hal ini menjadi antara satu sebab untuk mereka tidak menggunakan perkhidmatan atau skim pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan. Permasalahan dalam mencari penjamin selain ada bank-bank yang menetapkan syarat untuk peminjam perlu mempunyai pendapatan tetap dalam kadar yang tertentu menjadi satu halangan bagi golongan seperti ini untuk berurus niaga dengan pihak bank. Maka, jalan mudah yang diambil adalah dengan menggunakan perkhidmatan Along’. Tindakan seperti ini adalah bukan tindakan yang bijak kerana kebiasaannya Along mengenakan faedah atau kadar bunga yang begitu tinggi apatah lagi sekiranya berlaku kelewatan dalam pembayaran semula. Pendek kata, meminjam wang daripada Along boleh menjerat diri sendiri.
    Perlu diingat, bahawa skim pinjaman oleh bank-bank tempatan lebih selamat dan terjamin berbanding skim-skim pinjaman yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat persendirian. Penipuan juga lebih senang berlaku apabila kita menjalankan urusniaga dengan syarikat-syarikat pinjaman wang yang tidak dapat dikenalpasti tentang kebenaran dan kesahihan urus niaganya. Oleh itu, pinjaman dengan pihak bank sepatutnya menjadi pilihan yang lebih utama berbanding skim-skim pinjaman yang lain. Satu kes yang berlaku di Taman Perindustrian, Sri Kembangan apabila peminjam yang gagal membayar pinjaman terhadapAlong telah dikurung dan dirantai di tempat tersebut. Perbuatan Along terhadap mangsa dilihat satu kekejaman yang tidak seharusnya berlaku. Akan tetapi, usaha pihak polis untuk menyelamatkankeadaan terbantut apabila pihak mangsa enggan memberi kerjasama kepada pihak polis. Persoalan yang timbul, mahukah kita juga menjadi mangsa Along? Jawapannya sudah tentu tidak! Bahaya meminjam duit daripada pihak yang tidakberlesan kerana berkemungkinan besar boleh membawa kepada jenayah lain yang lebih berat. Maka, untuk lebih mudah dan selesa, berurus niagalah dengan mana-mana pihak bank. Apa yang dapat kita fahami, terdapat banyak skim-skim pinjaman, pembiayaan mahupun pelaburan yang diperkenalkan oleh pihak institusi kewangan seperti bank-bank tempatan dan hanya terpulang kepada kita untuk memilih yang sesuai dengan keadaan semasa kita.
    Kesimpulannya, boleh dikatakan semua bank yang berada di Malaysia ini ada menawarkan pilihan-pilihan dan pakej-pakej pinjaman sama ada secara peribadi, perkongsian atau untuk mana-mana pertubuhan. Ada juga skim-skim yang mempunyai pelan perlindungan insurans atau Takaful. Hal ini dilakukan oleh pihak bank untuk menarik lebih ramai lagi pihak-pihak yang memerlukan untuk berurus niaga dengan mereka. Pinjaman melalui bank ini juga boleh mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak kerana konsep pinjaman itu sendiri adalah untuk membantu mereka yang memerlukan wang khususnya. Pinjaman perumahan yang selalu kita dengar merupakan salah satu bentuk pinjaman yang menguntungkan kerana pihak peminjam boleh memiliki kediaman sendiri melalui pinjaman tersebut dengan syarat-syarat yang tertentu. Ringkasnya, pinjaman melalui bank-bank tempatan adalah jauh lebih selamat berbanding pinjaman-pinjaman yang dilakukan dengan pihak-pihak yang tidak diiktiraf oleh mana-mana badan kerajaan. Sebaiknya, berurus niagalah dengan pihak bank kerana lebih dipercayai dan tidak merugikan.

    Sumber: usahawan.com




    0 comments:

    Post a Comment