Saturday 31 October 2015

Filled Under:

[MESTI TENGOK] 5 Foto Gadis Wajah Seiras Datin Rosmah Mansor Ditemui !!!



    Kembar Datin Rosmah Mansur Ditemui | Sejak semalam dua keping gambar gadis seiras dengan isteri datok sri najib razak,datin rosmah mansur menjadi viral di media sosial menerusi beberapa postingan laman blog tempatan.

    Terkejut dato' sri najib! mesti dia tak sangka ada orang mirip datin katanya.
    Ekoran gambar berkenan turut mendapat perhatian ramai bukan sebenarnya atas gambar, namun atas komen-komen pengguna media sosial yang berbaur dengan ayat ayat lawak yang menghiburkan.




    Tidak sedikit netizen yang memuji kecantikan datin rosmah,yang nampak anggun dan mempesona bahkan mereka mengatakan datin lebih cantik dari pada gadis yang dikatakan mirip dengannya,sungguh tidak dapat di nafikan, Datin sri rosmah sememangnya mempunyai kecantikan yang semula jadi. Sumber Eberita.org


    Sumber asal: uhoh-gosip.blogspot.my


    Rosmah MansorDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
    Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri
    Hajjah Rosmah binti Mansor
    Fail:Rosmah Mansor.jpg

    Penyandang
    Tempoh jawatan 
    3 April 2009
    Didahului olehTun Jeanne Abdullah

    Lahir10 Disember 1951 (63 tahun)
    Kuala PilahNegeri Sembilan
    PasanganDatuk Paduka Seri Hajji Mohd Najib Tun Abdul Razak
    AnakNorashman Najib
    Nooryana Najib
    PekerjaanPengurus Pembangunan Perniagaan
    AgamaIslam Sunnah
    Yang Amat Berbahagia, Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah binti Mansor ialah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau dilahirkan di Kuala PilahNegeri Sembilan pada 10 Disember 1951. Selain itu, beliau juga merupakan bekas Canselor Universiti Selangor (UNISEL).Isi kandungan
    Pendidikan[sunting | sunting sumber]
    Rosmah mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Selain itu beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti badmintonhoki dan bola jaring. Beliau juga sukakan hiburan dan selalu mengambil bahagian dalam nyanyian, tarian dan lakonan semasa di sekolah.
    Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang antropologi dan sosiologi. Selepas menamatkan ijazah, beliau menyertai Bank Pertanian Malaysia sebagai eksekutif pada tahun 1975. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Negeri LousianaAmerika Syarikat, dan berjaya mendapat Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian.
    Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.
    Keluarga[sunting | sunting sumber]
    Beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau mempunyai seorang anak Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Abdul Aziz, berasal dari Perak[1] Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri MenantiNegeri Sembilan.
    Khidmat sosial[sunting | sunting sumber]
    1. Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)
    1. Penaung Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia
    1. Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia
    1. Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
    1. Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (PENCINTA)
    1. Persatuan Thalasemia Malaysia
    1. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Permata Negara.
    Anugerah[sunting | sunting sumber]
    Datin Seri Paduka Rosmah Mansur telah banyak menerima pelbagai anugerah dan pingat jasa dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negara, salah satunya adalah Anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa daripada Majlis Perniagaan bagi Persefahaman Antarabangsa (BCIU) Amerika Syarikat pada 17 April 2010. Anugerah disampaikan oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Lawrence Eagleburger di St. Regis Hotel.[2]
    Pada 11 Februari 2012, Datin Seri Paduka Rosmah Mansur telah dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti CurtinAustralia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak menerusi program Permata Negara. Canselor Universiti Curtin, Dr Jim Gill menyampaikan ijazah doktor kehormat itu kepada Rosmah pada majlis konvokesyen universiti itu di Perth.
    Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari. Pada majlis itu, lebih 500 graduan universiti itu, termasuk beberapa pelajar Malaysia, turut menerima ijazah masing-masing.[3]
    Selain itu, beliau turut juga dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara. Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur. Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.
    Isu dan kritikan[sunting | sunting sumber]
    Rosmah Mansor telah menerima banyak kritikan keras khususnya dari para blogger di Malaysia, lebih-lebih lagi sejak beliau menyandang gelaran sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia. Banyak kritikan berlegar akibat dari reputasinya sebagai yang boros, kuat berbelanja dan dilihat mendominasi agenda politik dan sosial Najib Razak.[4] Gambarnya telah ditangkap dan disebar luas dalam media internet, lebih-lebih lagi bila terdapat dakwaan bahawa beliau berfotografi dengan pereka beg ganggang terkenal Hermes Birkinsdan barang perhiasan mewah,[4] menarik kritikan pedas khususnya pihak pembangkang di Malaysia.
    Pereka barangan kemas Amerika Syarikat Jacob and Co, telah mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin berlian bernilai RM24 juta pada tahun 2011, dimana dokumen jual beli juga menunjukkan bahawa barang yang dibeli itu telah dipulangkan balik ke AS. “Sebab mengapa nama Puan Rosmah Mansor berada dalam resit House Airway kerana terdapat barang bernilai yang diposkan ke Kuala Lumpur, barang tersebut mesti dijaga rapi oleh orang tempatan Malaysia,” katanya.[4]
    Kempen video burukkan isteri PM[sunting | sunting sumber]
    Pada 25 Jun 2009, beliau menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet. Ia disediakan di dalam tiga klip video yang lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek melibatkan orang yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka sebagai adik lelakinya, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh. Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya.[5] Ia tidak disenangi oleh beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) asal Rosmah Mansor yang tidak bersetuju dengan paparan negatif terhadap wanita pertama itu.[6]
    Kes 'bini puaka'[sunting | sunting sumber]
    Pada 30 Jun 2009 jam 3 petang, sebelum kedatangan beliau ke Universiti Malaya beliau dirujuk sebagai "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan diUniversiti Malaya oleh dua mahasiswa yang terpengaruh dengan dakwaan tanpa bukti oleh pihak pembangkang, yang didakwa menconteng perkataan-perkataan tersebut. Salah seorang penyebar berita fitnah tersebut kemudiannya mendakwa dia hanya mengulangi berita yang sampaikan kepadanya.[7] Hasilnya, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh beliau. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin. Sebelum itu pada 17 Julai 2009, Shazni Munir Mohd Ithnin, presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, ditahan.[8] Pada 13 Julai 2009, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 7 hingga 11 Disember 2009 bagi perbicaraan kes tersebut. Salah seorang yang membuat tuduhan tersebut, Raja Petra kemudiannya mendedahkan bahawa dia ("Raja Petra") membuat tuduhan tersebut dengan kepercayaan bahawa arahan tersebut datangnya dari penasihat PKR dan pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.[9]
    Lagi mahasiswa ditahan[sunting | sunting sumber]
    Pada 13 Ogos 2009, tiga anggota polis berpakaian biasa dipercayai dari ibu pejabat polis daerah Brickfields menahan Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah Akademi Pengajian Islam (API) tahun dua dan ditahan reman selama dua hari. Polis mengemukakan enam alasan dalam permohonan perintah reman, antaranya untuk membantu siasatan kes contengan tersebut dan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai seorang lagi suspek yang masih lagi bebas, Muhammad Saufi Jelani.[10] Akhirnya pada 19 November 2009, Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.[11]
    Perasmian Persidangan Wanita Pertama[sunting | sunting sumber]
    Pada 11–13 Oktober 2010, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada perasmian Persidangan Wanita Pertama di Kuala Lumpur[12] dimana Rosmah telah disenaraikan sebagai salah seorang Wanita Pertama.[13] Persidangan menekankan kepentingan tugas wanita dalam keluarga, komuniti dan kerajaan dimana mampu bekerjasama bagi membuaka bakat terpendam dalam setiap diri kanak-kanak. Terdapat 15 orang Wanita Pertama mengambil bahagian dalam Persidangan bertemakan "Kanak-kanak Sekarang, Seorang Pemimpin Hari Esok".[14] Persidangan itu telah menyebabkan kemrahan umum disebabkan kehadiran orang yang sangat sedikit dan tidak menonjol. Ahli Parlimen Ampang,Zuraida Kamaruddin, mengkritik keras tentang penyalahgunaan dana awam berjumlah RM24 juta semata-mata untuk penganjuran persidangan, dimana beliau mendakwa dana boleh digunakan untuk perkara yang lebih penting. Walaupun mendapat kecaman keras pihak pembangkang, Setiausaha Kehormat PBBBan Ki Moon melahirkan rasa gembira atas usaha Persidangan Wanita Pertama kerana mengangkat nilai kebajikan kanak-kanak.[15]
    Kenyataan mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011[sunting | sunting sumber]
    Pada 15 Mac 2011, video Rosmah memberi komen mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011 disiarkan di Astro Awani, saluran berita 24 jam Astro. Di dalam video tersebut, Rosmah berkata bencana tersebut disebabkan kelalaian Jepun dalam melaksanakan dasar perancangan dan pembangunan mesra alam, serta mengaitkan bencana tersebut dengan pembangunan pantas serta perubahan iklim, dan ia seharusnya menjadi iktibar kepada Jepun dan masyarakat antarabangsa. Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan penyokong pembangkang di Twitter, dengan ramai pengguna mengutuk Wanita Pertama Malaysia tersebut bahawa perubahan iklim dan gempa bumi sama sekali tidak berkait[16]. Beberapa ahli parlimen pembangkang turut mendesak Perdana Menteri untuk 'mengawal isterinya' dan mendesak Rosmah untuk meminta maaf pada kerajaan dan rakyat Jepun atas kenyataannya itu.[17] Sementara itu, ahli parlimen Barisan Nasional pula menuduh pembangkang 'tidak melihat dari gambaran yang lebih besar'. Nazri mendakwa bahawa ulasan Rosmah mengenai "teknologi hijau" adalah lebih meluas dari sedutan itu. [18]
    Sungguhpun dicemari kontroversi tersebut, Rosmah telah pun menyatakan ucapan takziah secara rasmi kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.[19] Selain itu, beliau telah melancarkan satu tabung bantuan kepada mangsa dengan kerjasama Maybank dan Pandu Puteri.[20] Sejumlah RM1.8 juta sudah pun diagihkan kepada mangsa bencana tersebut.[21]
    Kontroversi Penggunaan istilah "Wanita Pertama"[sunting | sunting sumber]
    Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak mengamalkan konsep Raja mutlak, iaitu satu konsep yang memberikan Raja menggarap hasil kekayaan negaranya dan mengagihkan hasil kekayaan kepada rakyat jelata melalui kuasa penuh pentadbiran yang ada digenggamannya. Namun di Malaysia sebenarnya hanyalah mengamalkan konsepRaja berpelembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan Raja hanya memainkan peranan sebagai simbol negara yang berdaulat. Berbalik kepada isu penggunaan gelaran "Wanita Pertama", Artikel 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa isteri Yang di-Pertuan Agong ialah hanya yang kedua kepadaYang di-Pertuan Agong itu sendiri. Maka, oleh itu dapatlah ditafsirkan bahawa Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah orang yang layak memegang gelaran "Wanita Pertama Malaysia" mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan Malaysia.[22][23]
    Andaian bagi memegang gelaran "Wanita Pertama" di Malaysia sebenarnya dianggap sebagai isu yang cukup "panas" bagi sesetengah pihak khususnya yang berada dibawah naungan Malaysia (rakyat dan pemerintah), ini kerana gelaran ini sering dipersoalkan di meja-meja diskusi dalam gelanggang politik Malaysia. Malaysia bukanlah sebuah negara republik yang diperintah oleh Presiden yang memenangi mana-mana bahagian dalam gelanggang pilihan raya, tetapi hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara Raja Perlembagaan yang menetapkan Raja sebagai simbol kedaulatan dan orang yang bertanggungjawab memperkenan sebarang usul perundangan dan entiti kehakiman. Perdana Menteri pula ialah seorang rakyat jelata yang mendapat mandat dari rakyat menerusi pilihan raya, lalu bertanggungjawab mengepalai pentadbiran eksekutif selain memacu pembangunan negara dan memerintah Malaysia secara adil dan saksama, berlandas nas-nas yang termaktub dalam perlembagaan negara seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
    Ketika era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, malahan era pemerintahan Perdana Menteri sebelumnya, tidak terdapat sebarang bentuk entiti khusus yang dipersoalkan di Malaysia berkenaan kedudukan dan gelaran isteri Perdana Menteri sebagai wanita pertama. Lagipun isteri pertama mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Tun Endon Mahmood Ambak yang sarat menempuhi pembedahan akibat serangan kanser payu dara di Amerika Syarikat juga tidak menggunakan gelaran "Wanita Pertama" secara khusus dan terbuka.
    Isu kontroversi penggunaan gelaran "Wanita Pertama" sebenarnya hanya mula memuncak ketika era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia terkini Dato Seri Najib Tun Razak berikutan isterinya Rosmah Mansor yang dikatakan menggunakan gelaran wanita pertama secara besar-besaran di Malaysia. Ada pula yang menganggap gelaran "Wanita Pertama" hanya khusus buat Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, dan ada juga yang mengatakan gelaran ini tidak patut ditimbulkan dan digunapakai berikutan Malaysia bukan sebuah negara republik.
    Isu tidak hanya berhenti disitu sahaja, terdapat sumber yang mengatakan Pejabat Perdana Menteri telah mewujudkan sebuah jabatan misteri yang baru yang diletakkan atas nama akronim Jabatan F.L.O.M (First Lady of Malaysia) dengan melantik Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod sebagai pegawai khas. Namun jabatan tersebut akhirnya dibubarkan. Berita penubuhan jabatan misteri tersebut telah menjadi buah mulut cerita dan analisis dari pelbagai blogger. Terdapat sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat perhubungan dalam jabatan FLOM tetapi telah dikeluarkan segera, namun terdapat sebilangan enjin pencari yang telah mengurus dan menyimpan data dalam [24].[25]Ramai pihak yang telah mempersoalkan kerasionalan, kesahan dan fungsi jabatan tersebut. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan Bajet Kebangsaan turut memperuntukan dana bagi urusan kerja jabatan.
    Berbelanja sakan[sunting | sunting sumber]
    Dalam laporan dikeluarkan oleh Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "wanita pertama kaki berbelanja", mendakwa berbelanja sebanyak A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney. Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib bercuti dan bermalam di sebuah penthouse (rumah rehat) dengan kos A$20,000 (RM65,100) semalam. Penthouse tersebut merupakan Hotel Darling 5 bintang yang diubah suai.[26] Walaubagaimanapun, melalui akaun twitter, Najib Razak menyangkal laporan bahawa bininya berbelanja sakan sebanyak RM325,000 di Sydnet dan dakwaan tersebut sangat liar dan ditokok tambah untuk merubah persepsi masyarakat terhadapnya dan isteri. [27]
    Awal lagi, terdapat dakwaan bahawa Rosmah membeli sebentuk cincin permata bernilai US$24 juta (RM77 juta). Philip Nassimi, pengarah syarikat barang perhiasan mewahJacob & Co, menunjukkan versi pembelian cincin berlian itu, dan mahu menghantarnya ke Kuala Lumpur atas nama Rosmah Mansor. Tapi tujuannya adalah untuk menunjukkan cincin tersebut pada Maira Nazarbayev, dimana anak lelakinya bertunang dengan anak perempuan Najib dan Rosmah. Cincin tersebut selepas dilihat oleh Maira, kemudian dihantar balik ke New York pada Mei 2011.[28] Pada 4 Oktober 2011, Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa tiada bayaran dibuat berkenaan cincin US$24 juta (RM77 million) yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri Malaysia, dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia mengesahkan cincin tersebut telah dihantar pulang ke New York oleh syarikat pengeluar.[29] Rosmah juga menyebabkan bantahan awam yang terjadi banyak kali walaupun masih tidak menyebabkan pemberontakan besar, apabila didakwa memegang sekurang-kurangnya 11 buah beg Hermes Birkins dalam warna-warna yang berbeza.[30][31][32]
    Sumber: Wikipedia




    0 comments:

    Post a Comment