Sunday 1 November 2015

Filled Under:

SERAM !! FOTO PENAMPAKAN LANGSUIR BERGAYUT DI PAPAN TANDA LPT2 !!! [+viainfo: Hukum Trade Forex, Halal atau Haram?]




    PENGGUNA Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak menolak kemungkinan wujudnya gangguan makhluk halus di laluan itu.

    Umum mengetahui LPT2 dicop sebagai ‘lebuh raya berhantu’ rentetan kes kemalangan maut yang berterusan berlaku di laluan sepanjang 184 kilometer itu sejak dibuka sehingga sekarang.

    Jolokan itu diberi orang ramai kerana bagi segelintir mereka kemalangan meragut nyawa yang berlaku itu bukan semata-mata berpunca daripada faktor yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja sebaliknya ia turut berkait dengan gangguan makhluk ghaib.

    Perihal LPT2 yang kononnya ‘keras’ dan punya ‘penunggu’ juga turut rancak diperkatakan di media sosial terutama di Facebook, malah ada netizen yang tampil menceritakan kisah seram yang pernah dialami untuk peringatan pengguna LPT2 yang biasa menggunakan laluan itu dan perkongsian kisah seram itu turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

    Bagi mengetahui sejauh mana dakwaan berkenaan, Sinar Harian mengupas isu tersebut dan berjumpa dengan mangsa kemalangan dan pengguna LPT2 yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

    Rata-rata mereka tidak menolak kemungkinan kemalangan turut dipengaruhi faktor gangguan makhluk halus berdasarkan pengalaman seram yang pernah dilalui.


    Nampak langsuir bergayut pada papan tanda elektronik

    Isteri peneroka Felda Neram 2 Kemaman, Senani Omar, 53, berkata, kereta yang dinaikinya sekeluarga nyaris terbabas selepas anak lelakinya yang memandu terkejut melihat lembaga perempuan berbaju putih labuh dan berambut panjang sedang bergayut pada papan tanda elektronik atau VMS.

    Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam berdekatan kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing LPT2 pada awal September lalu semasa mereka empat beranak dalam perjalanan balik dari Kuantan ke rumah mereka di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru.

    Waktu itu makcik duduk di tempat duduk penumpang depan. Tapi semasa tiba di kawasan Plaza Tol Jabor, makcik bersama menantu dan seorang lagi anak yang duduk di belakang tertidur.

    “Hanya beberapa ratus meter untuk sampai di depan R&R Perasing, anak makcik, Wan Shahdillah Wan Abdullah, 28, yang memandu itu tiba-tiba nampak langsuir sedang tergantung pada VMS hingga dia terperanjat dan kereta Proton Wira kami hampir terbabas ke kanan jalan. Ketika itu, VMS itu gelap dan tak ada tulisan cerah seperti biasa,” katanya.

    Bagaimanapun, katanya, dalam keadaan panik berkenaan mereka bernasib baik kerana laluan itu lengang dan anaknya yang bekerja sebagai pemandu lori sawit sempat mengawal stereng dan berhenti seketika di lorong kecemasan.

    “Nasib baiklah hanya selang beberapa saat lepas nampak langsuir itu ada bas ekspres yang lalu jadi anak makcik terus memandu dengan mengekori belakang bas hingga tiba ke susur keluar Plaza Tol Cheneh,” katanya.

    Namun, ibu sembilan anak itu berkata, anak keempatnya itu tidak menceritakan kejadian itu kepadanya sebaik dia tersedar dari tidur apabila sudah tiba di rumah kira-kira jam 11.30 malam.

    “Dia cuma cerita pagi esoknya dan hari itu juga dia ambil cuti kecemasan," katanya.


    Terlihat wanita berjubah putih
    Kelibat wanita berjubah putih labuh dengan rambut panjang mengurai turut dilihat seorang pekerja kilang sawit, Mohd Muradzi Mohd Nawi, 20, kira-kira tiga jam selepas berlaku kemalangan yang meragut nyawa dua beranak yang juga jiran hadapan rumahnya.

    Dalam kemalangan kira-kira jam 11.40 malam pada 17 Oktober lalu di Kilometer 273.9 susur keluar ke Plaza Tol Cheneh itu, seorang peneroka Felda Neram 2, Hasan Abd Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Shazwani, 21, terbunuh sementara isteri dan anak bongsunya cedera.

    Mohd Muradzi berkata, sejurus mendapat khabar mengenai kemalangan yang menimpa jirannya itu, dia bersama abangnya, Mohd Mutalib, 33, segera bergegas ke Hospital Kemaman di Chukai untuk menziarahi.

    Kami balik ke rumah ikut LPT2, namun di separuh jalan saya nampak satu lembaga wanita yang pakai baju putih labuh dan rambut panjang duduk di atas pengadang jalan di jejambat Lubuk Batu, iaitu lebih kurang lapan kilometer sebelum tempat arwah Pok Hasan kemalangan.

    “Tapi muka lembaga itu saya tak nampak sebab gelap. Menggeletar badan saya masa itu dan waktu kami lalu di bawahnya ayat-ayat suci al- Quran tak putus-putus saya baca dalam hati. Waktu itu saya sempat toleh ke arah jam dan jarum tunjukkan pukul 3 pagi,” katanya.

    Setelah tiba di rumah, Mohd Muradzi yang bekerja di Bukit Bandi, Cerul pelik kerana abangnya yang memandu kenderaan mengakui tidak nampak apa-apa sepanjang perjalanan pulang mereka ke rumah.

    “Sebelum ini saya cuma dengar cerita orang saja pasal macam-macam kisah mistik sepanjang LPT2 ini. Tapi lepas lihat sendiri, tak tahu nak cerita macam mana perasaan waktu itu,” katanya.

    Menurutnya, dari pelbagai versi cerita yang pernah didengarnya terdapat satu kisah yang paling diingatnya iaitu kisah rakannya sendiri yang bekerja sebagai pemandu lori dan pernah terserempak dengan seorang warga emas lelaki berkopiah yang berjalan kaki dan menahan lori yang dipandu pada jam 2 pagi di hadapan R&R Perasing.

    Sebaik sahaja ditahan, rakan Mohd Muradzi memberhentikan kenderaan dan bertanya mengenai arah tuju pakcik lewat usia itu.

    Pakcik itu jawab ‘mahu ke depan tu sikit’. Tapi dia bukan mahu tumpang kawan saya sebaliknya dia pesan pada kawan saya supaya hati-hati. Dia bagitahu jalan di Perasing itu tak elok sebab ada kisah-kisah lama. Katanya di kawasan itu adanya kubur-kubur lama.

    “Saya juga pernah dengar yang kawasan Lembah Perasing di kawasan ini adalah perkuburan besar komunis puluhan tahun lalu dan dalam banyak-banyak lokasi di sepanjang LPT2 ini difahamkan kawasan Perasinglah paling ‘keras’,” katanya.


    Mangsa terselamat trauma
    Sementara itu, mangsa kemalangan yang terselamat, Salimah Ghalam, 51, yang juga ibu kepada tiga anak mengakui terkejut apabila mendengar kisah jirannya melihat lembaga wanita berambut panjang selepas tiga jam mereka empat beranak kemalangan.

    Muradzi ceritakan kepada saya apa yang dia nampak itu lepas seminggu kami kemalangan. Dia cerita pada saya dekat waktu senja semasa saya sedang termenung di depan rumah.

    “Saya pun tidak tahu apa yang arwah suami nampak waktu kami kemalangan. Saya yang duduk sebelah suami tak tidur pun waktu kami kemalangan dan seingat saya secara tiba-tiba kereta terbabas langgar pembahagi jalan sebelum saya pengsan sekejap,” katanya.

    Ketika kejadian, Salimah bersama arwah suami dan arwah anak sulungnya serta anak bongsu, Hanis Shazhizatul, 14, dalam perjalanan balik dari Kampung Ibok, Kijal kerana menziarahi adiknya yang tercedera akibat terkena letupan belon gas.

    Hanya anak keduanya, Hanis Shazhirah, 19, yang tidak terlibat dalam nahas itu kerana anak perempuannya itu tidak tinggal di rumah disebabkan belajar di Kolej Islam Pahang (Kipsas).

    “Saya tak pernah lalu LPT2 sebelum ini tapi mungkin arwah suami dah banyak kali lalu. Sampai sekarang saya masih trauma dan tak mahu lagi lalu jalan itu. Sebagai mangsa, saya tak tolak kemungkinan faktor mistik turut jadi penyebab kemalangan kerana dalam al-Quran sendiri pun sudah dinyatakan ada makhluk lain dicipta selain manusia,” katanya.


    Rasa mengantuk ketika lalui tempat ‘keras’
    Pemilik pusat rawatan alternatif, Laila Husin, 56, mengakui banyak kali dia hampir terbabas setiap kali melalui ‘lokasi keras’ di LPT2 sekitar Kemaman berikutan rasa mengantuk yang teramat sangat ketika melalui laluan itu.

    “Apa yang saya perasan, ada tiga tempat yang tiba-tiba kepala saya rasa hanyut dan datang rasa mengantuk yang teramat sangat setiap kali melalui LPT2,” katanya.

    Menurutnya, lokasi itu ialah sekitar R&R Perasing yang menjadi lokasi enam beranak maut dalam kejadian 14 Oktober lalu, di Cheneh (lokasi kemalangan melibatkan bekas Ketua Polis Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam) dan sebelum
    Plaza Tol Kijal.

    Katanya, rasa hanyut dan mengantuk itu dirasainya pada ketika melalui lebuh raya itu pada waktu siang dan bukan pada waktu malam.

    Yang saya pelik, saya bukannya tak cukup tidur pun. Setiap kali lalui ikut LPT2 mesti saya mengantuk ketika lalu tiga lokasi itu. Kaki saya yang tekan pedal minyak seolah-olah tak rasa apa-apa. Kadang-kadang saya terlelap beberapa saat, sebab itu saya hampir hilang kawalan banyak kali. ‎

    “Dalam keadaan begini apa yang penting kita kena basahkan mulut dengan bacaan ayat suci al-Quran dan zikir, malah sebelum mulakan perjalanan juga perlu amalkan baca doa agar sentiasa dilindungi. Dari pengalaman yang saya lalui ini saya percaya adanya gangguan makhluk ghaib tapi ajal maut semuanya di tangan ALLAH SWT,” katanya.





    Hukum Trade Forex, Halal atau Haram ?

    Saya tulis juga isu ini kerana ada yang email saya bertanyakan tentang adakah pekerjaan saya ini halal atau haram ? Income saya sebagai forex trader adakah halal atau haram ? Sebenarnya topik yang nak dibincangkan ini agak berat sebenarnya, memandangkan kita sebagai umat Islam mempunyai pelbagai pendapat daripada badan-badan kerajaan, ulama-ulama, ustaz-ustaz dan ilmuan-ilmuan. Berikut saya letakkan sedutan video tentang apakah hukum trading forex menurut perspektif Islam. Adakah harus atau haram ? Bagaimana boleh jadi haram, bagaimana boleh jadi harus ?
    Terdapat banyak kekhilafan dan percanggahan dalam penentuan hukum halal atau haram forex trading iaitu urusniaga pertukaran matawang secara dalam talian, bukan money changer. Dengar penjelasan terperinci daripada Ustaz Ahmad Dusuki tentang halal haram forex trading.
    Ustaz Ahmad Dusuki pernah menjadi panel bagi Rancangan TV9 Tanyalah Ustaz dan beliau tahu selok belok dalam urusniaga forex trading online ini, tentang perkara yang melibatkan margin, leverage, pegangan akaun dalam matawang US Dollar. Beliau juga aktif mengupas isu-isu tentang pasarang kewangan Malaysia seperti Hukum ASB, ASN, pelaburan dan lain-lain.
    Bagaimana forex trading jadi Harus bagaimana jadi Haram semuanya di kupas sebaik mungkin dalam video ini. Pastikan anda menonton video ini sehingga habis.

    Ulasan peribadi saya :
    Terkilan
    Saya sebenarnya agak terkilan dengan apa yang difatwakan di Malaysia tentang forex trading ini adalah Haram jika trade secara retail (dipanggil retail trader, trade sendiri) dan halal jika di trade di Bank-Bank. Seolah-olah jika makan ayam yang disembelih sendiri menjadi haram, tetapi jika makan ayam yang di beli dari KFC, yang diapproved dan dilesenkan menjadi halal. Contoh sahaja lah.
    Sebenarnya pendapat tentang ini ramai yang mengatakan , jika kita betul-betul yakin forex trading ini halal maka kita boleh trade, dan jika kita yakin betul-betul haram, kita tinggalkannya sebab ia adalah kekhilafan ulama. Ulama dari negara jiran menetapkan harus, mufti di sini menetapkan harus, majlis fatwa menetapkan haram dan pelbagai lagi. Jika kita yakin dan tahu apa yang kita dagangkan dengan ilmu dan tidak berjudi, ia menjadi harus, inshaALLAH kita cari yang halal dan kita tidak berjudi.
    Saya juga sedikit terkilan dengan hukum hakam yang ditetapkan untuk produk kewangan di negara kita, contohnya ASB dan ASN, ada yang kata harus, ada yang kata haram, penelitian ada sesetengah kaunter saham yang dimiliki tidak patuh syariah tetapi ada pula panel syariah yang tetapkan harus atau halal. Pelik bukan ? Ia seolah-olah tiada titik panduan dan keputusan yang dibuat berkepentingan pada golongan-golongan tertentu.
    Terbaru isu Tabung Haji yang mempunyai kaunter-kaunter saham yang berubah status dari patuh syariah kepada tidak oleh BNM, dan TH memberi 6 bulan masa untuk syarikat-syarikat tersebut untuk patuh syariah, sedangkan income yang datang dari 6 bulan tersebut adakah halal, sedangkan kaunter saham tersebut ditarik balik kelulusan patuh syariahnya. Jadi income dari TH seolah-olah bercampur aduk. Ini sangat merisaukan. Harap semua ini bertambah baik demi menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia.

    Pelaburan atau Perdagangan Forex ?
    Sebenarnya ada yang keliru tentang perdagangan forex(trade forex) dengan pelaburan forex. Sekarang banyak broker-broker yang tumbuh macam cendawan selepas hujan, mengatakan mereka broker forex dan menawarkan fixed return setiap bulan. Saya ingin menyatakan di sini bahawa itu bukan broker forex yang sebenar dan hukum harus forex tidak dapat diaplikasikan padanya sebab ia adalah perkara lain. Ia pelaburan bukan kita trade sendiri forex dari rumah. Dalam retail trading forex di broker yang betul, tidak terdapat FIXED RETURN dalam forex. Tiada fixed. Semua atas kebolehan dan ilmu kita. Jadi hukum hakam yang dibincangkan di sini tidak dapat dikaitkan dengan syarikat yang kononnya broker forex tersebut.
    Berhati-hatilah, sebab ramai skim pelaburan cepat kaya, labu peram, memberikan percent tetap yang berlindung atas nama broker forex sedangkan ia bukan broker forex sebenar. Lambat laun mengikut sejarah, pasti tutup juga syarikat tersebut selepas duit orang ramai sudah berjaya di bolot. Ini boleh jadi haram kerana pemberian komisen yang tetap. Tiada perniagaan yang dipastikan keuntungannya, bagaimana pulangan menjadi keuntungan tetap di beri ?
    Saya akan menulis bab bagaimana mengenali broker forex yang betul nanti. Teruskan melawat blog ini. Kita kupas satu-satu.

    Kesimpulan
    InshaALLAH, kita mencari yang halal, masakan saya menjadikan trade forex income utama saya jika trade forex ini haram. Janji saya faham ilmu trading, faham pergerakan ekonomi yang mempengaruhi matawang, ekonomi dunia dan teknikal serta fundamental analisis, dan posisi buy/sell tidak masuk atas dasar berjudi, saya berpegang kepada hukumnya harus. Semoga ALLAH memberkati kita semua. Amin.
    Anda di jemput memberikan pandangan anda dengan komen mengggunakan Facebook di ruangan bawah. Sekian.
    Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini - KLIK SINI

    Sumber: moshedfx.com 




    0 comments:

    Post a Comment