Monday 2 November 2015

Filled Under:

MAKIN PARAH !! Nabil semakin KURANG AJAR.. Apa yang dilakukan M. Nasir buat Nabil MERAH PADAM & MALU HABIS !!!


    Nabil Ahmad sekali lagi menjadi tumpuan ekoran lawaknya yang sememangnya dikenali sebagai membahan orang ramai dan artis-artis.

    Dalam rancangan Gegar Vaganza minggu ketiga semalam, Nabil telah membuat lawak tentang M. Nasir dan isterinya Marlia Musa.

    Ini berlaku ketika giliran M.Nasri memberi komen kepada penyanyi Ezlynn. Ezlynn telah memanggil M. Nasir sebagai Hang Tuah dan kononnya Ezlynn sebagai Gusti Putri.

    Kemudian Nabil mula membuat lawak tentang Marlia Musa yang kononnya jelous tetapi ditegur oleh Dato' M. Nasir dengan berkata "jangan libatkan dia dalam hal ini".

    Orang ramai juga mengatakan Nabil agak over ketika itu. Apapun sebagai pengacara, Nabil dan Jihan sememangnya berusaha keras untuk menceriakan suasana Gegar Vaganza.






    Sumber: Beritamemey



    Lawak Persenda Caliph Buskers, Nabil Ditegur Pihak Pengurusan Astro

    Selepas secara tidak sengaja menggunakan lawak dengan mempersendakan kumpulan Caliph Busker pada minggu pertama Program Gegar Vaganza 18 Oktober lalu, pihak pengurusan Astro bertemu pengacaranya, Nabil Ahmad.
    Pertemuan tersebut sebagai membincangkan tindakannya dan menegur Nabil agar lebih berhati-hati dan mengambil sikap sensitif apabila membuat lawak, terutamanya ketika membuat program siaran langsung.
    “Kami telah panggil Nabil dalam satu sesi baru-baru ini dan memintanya lebih berhati-hati dalam membuat lawak ketika mengendalikan program siaran langsung.
    “Sebagai pengacara Nabil perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak,” kata Pengrus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad sebagaimana memetik mStar.
    Nabil pada program itu telah bertanya salah seorang peserta Gegar Vaganza, Zul Handy Black mengenai lukisan di atas pentas dan dia telah menyamakan karya itu dengan kumpulan Caliph Buskers yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan.
    Nabil yang juga seorang pelawak bagaimanapun telah memohon maaf secara terbuka dengan keterlanjuran lawaknya itu.
    Malah Nabil tampil dengan alatan penapis ketika program yang sama Ahad lalu sebagai simbolik kepada dirinya supaya lebih berhati-hati ketika bercakap. –Siakapkel.my

    "Kami Suka Bergurau, Lebih Kasar Dari Nabil" - Caliph Buskers

    PETALING JAYA: Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat meminta orang ramai agar tidak mengambil serius gurauan pengacara Nabil Ahmad yang mempersendakan kumpulannya pada episod pertama program Gegar Vaganza 2 yang bersiaran pada 18 Oktober lalu.
    Azmi, 28, menyifatkan Nabil seorang yang lucu serta menghiburkan dan dia mahupun anggotanya tidak pernah terasa dengan kata-kata pelawak itu meskipun gurauan Nabil itu kasar.
    "Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan.
    "Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar.
    "Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami," katanya kepada mStar Online.
    Terdahulu Nabil dalam satu kenyataan kesal dengan tindakannya itu dan telah pun meminta maaf secara peribadi kepada kumpulan tersebut selain tidak berniat untuk mempermainkan kecacatan dialami mereka.Dalam rancangan itu, semasa giliran Zul (Handy Black) membuat persembahan, Nabil telah bertanya mengenai lukisan di atas pentas dan dia telah menyamakan karya itu dengan kumpulan Caliph Buskers yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan.
    Kumpulan Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat (vokalis), Nirwan (pemain gitar), Zaki (pemain gitar/vokalis), Fendy (cajon/vokalis), Rubiana (shaker/vokalis).
    Tindakan Nabil itu membuatkan pihak Astro memanggilnya untuk memberi nasihat.
    Sementara itu, Azmi berkata dia faham apabila masyarakat marah dengan tindakan Nabil itu, namun orang ramai juga perlu tahu bahawa golongan orang kurang upaya (OKU) juga manusia biasa yang suka bergurau senda.
    "Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu.
    "Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih kasar daripada Nabil lagi. Hahaha.." ujarnya.
    Dalam perkembangan lain, kata Azmi, dia bersyukur apabila single lagu pertama kumpulannya iaitu Hanya Namamu mendapat respons yang sangat positif sejak ia dilancarkan April lalu.
    Malah jumlah klip video di Youtube pula sudah mencecah lebih sejuta tontonan.
    "Alhamdulillah. Pada mulanya kami hanya mahu dikenali. Tetapi tidak sangka Caliph Buskers sudah memiliki single lagu yang mendapat perhatian ramai.
    "InsyaAllah kami akan muncul pula dengan single lagu kedua," tuturnya.


    Sumber: mstar.com.my




    0 comments:

    Post a Comment