Sunday 1 November 2015

Filled Under:

AWAS !! Inilah Punca Sebenar Mengapa Kucing HARUS DIJAUHKAN Dari Ibu Mengandung !!!




    Kucing Harus Dijauhkan Dari IBU Mengandung Inilah Punca Sebenarnya| Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerana keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii...
    Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Tetapi sekiranya anda sedang hamil, mungkin anda perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan peliharaan khususnya dari segi pengendalian najis kucing....

    Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan juga dalam tanah...

    Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan...

    Ini boleh mendatangkan ancaman jangkitan toksoplasma yang boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Ramai wanita dijangkiti oleh parasit toksoplasma tetapi tidak menyedari hakikat ini kerana parasit ini tidak memberikan tanda yang ketara.

    Isu yang paling dikhuatiri ialah apabila jangkitan parasit itu dialami buat kali pertama ketika mengandung. Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit berkenaan kerana ia tidak mendatangkan petanda luar biasa seperti sesak nafas atau demam tinggi.

    Sebaliknya, ibu yang dijangkiti akan mendapat demam serta selesema biasa, kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan dan sakit sendi. Gejala sebegini selalu dianggap 'keadaan biasa' oleh ibu hamil dan doktor yang merawatnya.

    Proses penyebaran boleh berlaku berpunca daripada najis haiwan peliharaan yang menyebabkan toksoplasmosis atau dalam dunia perubatan digelar jangkitan yang disebabkan oleh parasit toksoplasma yang menyerang jaringan saraf manusia....

    Menjangkiti bayiSeorang wanita yang dijangkiti sama ada sebelum atau semasa hamil, boleh menjangkiti bayi yang dikandung. Toksoplasmosis kongenital adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri (plasenta)...

    Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kepada toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi. Risiko bayi termasuk mati dalam kandungan, buta mata dan kecacatan otak termasuk 'retardasi mental'

    Jangkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing serta najis mereka. Toksoplasma juga boleh dijangkiti apabila wanita mengendalikan daging mentah atau separuh masak.


    Peringatan

    Sebagai peringatan kepada wanita khususnya yang sedang hamil dan berusaha untuk hamil, anda perlu mengehadkan masa bersama haiwan atau pengurusan najis haiwan itu. Pengurusan najis haiwan ini boleh dilakukan oleh suami atau orang lain...

    Dengan cara ini moga anda dapat mengelak risiko jangkitan kali pertama ketika hamil. Lebih utama ia dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi toksoplasmosis kongenital...

    jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini. Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan dilakukan ke atas bayi dalam kandungan...

    Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan....


    Rawatan

    Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan. Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

    Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan dan terus diberi rawatan.

    Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya dengan membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan, mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak, membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan, menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing...

    Elakkanlah membela kucing semasa hamil sekiranya langkah ini sukar dilakukan...!!!


    Sumber: gampang-vs-gempak



    20 MAKANAN ATAU MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA MENGANDUNG ATAU HAMIL
    Oleh kerana kini anda adalah bakal ibu (termasuk saya ~ alhamdulillah...), adalah penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Namun dalam pada anda mengambil makanan berkhasiat, anda juga perlu tahu beberapa jenis makanan atau minuman yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan.
    Jom! kita lihat makanan dan minuman yang perlu dielakkan.
    1) KEJU LEMBUT
    Keju lembut yg diperbuat dari susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria listeria yang merbahaya kepada ibu & bayi yang dikandung. Listeria mampu menyeberangi uri, menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut. Seelok2nya, elak jenis keju seperti brie, camembert, feta, blue cheese, queso blanco, queso fresco dan panela (melainkan dilabel produk keju tersebut ditulis "Telah Dipasteur")
    2) DAGING MENTAH ATAU SEPARUH MASAK
    Daging mentah atau separuh masak mengandungi bakteriatoxoplasma dan pelbagai jenis bakteria lain. Bila makan diluar, pastikan menu daging anda betul-betul panas & telah dimasak sempurna. Begitu juga di rumah, pastikan masakan anda dimasak pada suhu 145° F utk daging, 160° F  untuk hamburger, dan 165° F  untuk ayam.
    3) BERHATI-HATI DENGAN JUS BUAH-BUAHAN
    Jus buah-buahan memang sedap diminum & terkenal kerana berkhasiat. Tapi harus waspada dengan jus buah-buahan yang diperah (terutama digerai-gerai makan atau restoran) kerana minuman tersebut tidak  dipasteur untuk melindungi dari bakteria salmonella dane. coli. Anda tidak pasti kebersihan peralatan yang digunakan untuk membuat jus tersebut bukan? Seelok-eloknya buat sendiri di rumah.
    4)  SUSHI
    Maaf kepada peminat sushi, anda perlu 'berpantang' dari sushi selama 9bulan! (Sayonara sushi...sob sobb) .Walaupun makanan laut adalah sumber yang bagus untuk protein, namun ia juga boleh mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya. FDA (Food and Drug Administration US) menggalakkan wanita hamil makan ikan dan makanan laut yang telah dimasak sempurna.
    5) ADUNAN TEPUNG MENTAH
    Sometimes kita sering curi-curi cubit & makan adunan tepung bila membuat biskut atau kuih di dapur. Tanpa kita sedar....ia mengundang bahaya. Sekiranya adunan tersebut mengandungi telur mentah, walaupun sedikit adunan yang kita rasa/makan ia boleh membahayakan atau berisiko kepada ibu & bayi kerana telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk!
    6) SALAD DRESSING
    Telur mentah juga terkandung dalam sos dan dressing yang dibuat di rumah (homemade). Pilih sos atau dressing yang dibeli di kedai (yang diperbuat dari telur yang telah dipasteur).
    7) TIRAMISU
    Kebanyakan pencuci mulut (desserts) mengandungi telur mentah.  Kalau boleh, elakkan pencuci mulut yang diperbuat dari telur mentah yang tidak dipasteur. Melainkan anda sendiri yang membuatnya menggunakan telur yang tertulis dilabel "Telah dipastuer".
    8) IKAN BERMERKURI TINGGI
    Ikan memang sumber protein yang tinggi. Namun ia boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. FDA mencadangkan saiz hidangan sajian ikan terhad kepada 12auns seminggu. Berdasarkan kajian oleh P.Hajeb dan S.Jinap -Mercury Exposure Through Fish and Seafood Consumption in the Rural and Urban Coastal Communities of Peninsular Malaysia(http://www.idosi.org/wjfms/wjfms3(3)11/8.pdf) berikut adalah ikan yang perlu dihindari atau diambil dalam kuantiti yang sedikit :
    (a) IKAN DGN KADAR MERKURI YANG SEDERHANA (mengandungi merkuri 0,09-0,29 ppm)
    Jenis ikan ini masih boleh diambil 6x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan cod dari alaska, ikan halibut dari atlantik dan pasifik, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang dan trout laut (weakfish).
    (b) IKAN DGN KADAR MERKURI TINGGI (mengandungi merkuri 0,3-0,49 ppm)
    Jenis ikan ini masih boleh diambil tapi maksimum 3x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan kerapu, makarel dari sepanyol, tuna kuning, sea bass dan bluefish.
    9) DAGING YANG DIPROSES (DELI MEATS)
    Berlainan dengan kuman dan bakteria lain, listeria boleh membiak pada suhu sejuk (di dalam peti sejuk). Oleh sebab itu, ibu hamil harus elak memakan daging yang diproses (deli meats) seperti ham, ayam turki, salami, bologna atau hotdog. Kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa masalah apabila termakan makanan yang tercemar denganlisteria. Tetapi, ia berbeza bagi ibu mengandung yang 20 kali lebih berisiko kepada penyakit berbahaya. Dan bayi dalam kandungan mendapat kesan jangkitan yang lebih teruk berbanding ibu iaitu risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kematian. Namun anda boleh memakannya dengan masak secara sempurna (betul-betul panas) dan terus memakannya sejurus selepas dimasak. Tapi seelok-eloknya elakkan lah ye!
    10) KEKACANG
    Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada), mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius. Sekiranya tiada sebarang alahan, kekacang boleh dimakan dalam kuantiti yang sederhana.
    11) BUAH-BUAHAN ATAU SAYUR-SAYURAN YANG TIDAK DIBASUH
    Ketika hamil adalah saat dimana anda harus banyakkan memakan buah-buahan & juga sayur-sayuran. Tapi PASTIKAN anda telah membasuhnya dengan sempurna! Parasit toxoplasma boleh hidup atau membiak pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh dan boleh mengakibatkan penyakit Toxoplasmosis yang sangat merbahaya kepada bayi yang dikandung.
    12) TAUGEH MENTAH
    Elakkan makan taugeh mentah kerana bakteria boleh membiak di dalam benih taugeh sebelum ia tumbuh & membesar lagi! Bakteria ini hampir mustahil untuk di'buang'. Di kedai makan, pastikan sandwich yang anda pesan tidak mengandungi taugeh mentah. Di rumah pula, pastikan anda memasak taugeh dengan sempurna untuk mematikan bakteria!
    13) MAKANAN LAUT ATAU IKAN SALAI (READY-TO-EAT SMOKED SEAFOOD)
    Elakkan makanan laut sejuk-beku salai kerana ia terdedah kepada bakteria listeria. Namun ia boleh dianggap selamat untuk dimakan sekiranya dicampur ke dalam hidangan yang dimasak seperti kaserol.
    14) KERANG-KERANGAN MENTAH
    Kerang-kerangan mentah adalah salah satu penyebab utama keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan laut kerana mengandungi parasit dan bakteria. Jadi elakkan tiram yang dimakan mentah. Namun, makanan laut (seperti tiram, kerang, kepah, kupang) yang dimasak sempurna adalah selamat dimakan semasa hamil.PERINGATAN : Jika cengkerang makanan laut tidak terbuka walaupun selepas dimasak, jangan teragak-agak....sila buang!
    15) IKAN DARI PERAIRAN TEMPATAN
    Elakkan memakan ikan yang ditangkap/dipancing sendiri, melainkan anda memang arif & tahu kawasan perairan (kolam, tasik, anak sungai) tersebut tidak tercemar. Sesetengah tasik atau sungai telah tercemar dengan bahan kimia sisa industri. So elakkan ikan yang ditangkap dari tasik atau sungai tercemar dengan polychlorinated biphenyls yang tinggi. Nak makan juga...boleh, tapi berhati-hati ya! :)
    16) JUADAH 'POTLUCK'
    Mungkin anda tak sampai hati untuk menolak pelawaan juadah potluck yang dibawa atau disediakan oleh rakan-rakan anda, namun perlu diingat makanan yang terbiar terlalu lama (tidak disejukkan atau disimpan dalam peti sejuk) boleh membahayakan. Patuhi  '2-HOUR RULE' : Jangan makan juadah potluck yang terbiar pada suhu bilik melebihi 2 jam.  Tempoh akan lebih singkat menjadi 1 jam sekiranya suhu persekitaran melebihi 90° F.
    17) SUSU YANG TIDAK DIPASTEUR
    Susu segar yang diperah dari lembu atau kambing belum melalui proses pempasteuran yang melindungi dari bakteria listeria. Ia boleh memudaratkan ibu & bayi yang dikandung.
    18) MINUMAN DAN MAKANAN YANG BERKAFEIN
    Sesetengah kajian mengatakan jumlah kafein yang sederhana selamat semasa hamil. Sekiranya anda perlu mengambil minuman berkafein, hadkan kepada 200mg sehari (bersamaan 12auns cawan kopi). Tapi harus diingat, kafein turut terkandung dalam minuman bergas, teh, dan coklat. Kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.
    19) ALKOHOL, MINUMAN BERGAS & MAKANAN RINGAN
    Alhamdulillah sebagai umat Islam, alkohol adalah diHARAMkan sama-sekali. Terbukti secara klinikal alkohol boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin dan masalah emosi terhadap bayi yang dikandung. Minuman bergas atau berkarbonat mengandungi gula yang tinggi iaitu sehingga 7 - 9 sudu dalam satu tin, boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang, berisiko mendapat kencing manis, serta menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi yang dikandung. Minuman bergas juga mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. Oh, jangan lupa hadkan juga makanan ringan sebab ia tiada nutrien dan mengandungi MSG!
    20) BUNGKUSAN MAKANAN POLISTERIN
    Elakkan membungkus makanan dari kedai makan/restoran, kerana suhu di dalam kereta boleh meningkat dengan cepat dan ini membuatkan bakteria mudah membiak (melainkan anda ingin terus pulang ke rumah). Namun sekiranya anda perlu membungkus makanan yang tidak habis dimakan (untuk mengelakkan pembaziran), pastikan makanan tersebut disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 2 jam dari ia dihidangkan. ELAKKAN menyimpan makanan yang dibungkus berada terlalu lama di dalam kereta.
    (Kompilasi gambar & info dari pelbagai sumber : WebMD | Babycenter | Kosmo)
    Selain info di atas, JOM tambahkan pengetahuan dengan mempelbagaikan lagi bacaan ilmiah tentang kesihatan. Berikut adalah salah-satu buku yang bagus untuk bakal ibu mahupun ibu-ibu di luar sana : "The 100 Healthiest Foods To Eat During Pregnancy" :)
    Sumber: healthyme-happyme 




    0 comments:

    Post a Comment