Sunday 1 November 2015

Filled Under:

ASTAGHFIRULLAH !! 13 Gambar Selebriti Malaysia Sambut Halloween.. FOTO KE-4 & 10 PALING TAK MASUK AKAL !!!


    Hmmm.. Apa lah nak jadi sekarang ni.. Asyik tiru budaya barat je.. Sampai dah lupa hukum hakam agama.. JOm Tengok Artis-Artis Kita Yang Sambut Halloween :-



    Sumber : http://www.ehmedia.org


    Sumber asal: bloggercomel13



    Halloween : Hukum Orang Islam Sambut Halloween

    Apa Hukum Orang Islam sambut Hari Halloween
    Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sebagai All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Secara umumnya Hari Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian.
    Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.
    (sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Halloween)

    Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19. Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar.
    Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.
    Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.


    Hujjah dan Dalil

    Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.
    Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
    Bermaksud:
    “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”(Al-Kafirun ayat 1-6)
    Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.
    Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :
    “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.(Al-Hajj ayat 67)

    Kesimpulan
    Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.

    Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.

    Akhir kata ;

    “Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.”(Al-Ghafir ayat 39)
    p/s : Ini adalah artikel Copy Paste. Sebarang maklumat lanjut hendaklah di rujuk kepada Alim Ulamak yang berkaliber. TQ

    Sumber: mrjocko.com

    Perayaan-perayaan yang haram diraikan umat Islam

    Assalamualaikum dan hye!
    Sila jawab soalan di bawah dengan jujur dan telus.
    1) Korang pernah tak keluar dating dengan kekasih korang pada hari Valentine?
    2) Pernah tak anda dan kawan-kawan mengenakan kostum pelik dan join mana-mana parti Halloween?
    3) Atau pernahkan anda mengenakan kawan-kawan pada 1 April dengan gurauan yang bukan saja hampeh malah memalukan?
    Kebanyakan daripada kita, yakni orang Melayu ISLAM (penekanan dengan capslock di situ) tak tahu pun apa tujuan perayaan-perayaan tersebut diadakan. Mostly depa pakat main hentam je. Bila orang lain raya, depa pun ikut beraya. Bukannya nak siasat apa tujuan dan sebab nak sambut sesuatu perayaan tu. Even kita ni Satu Malaysia pun, kita tak boleh ketepikan soal agama. Banyak daripada perayaan yang disambut oleh orang ramai sebenarnya berasal dari ritual keagamaan sesuatu kaum. Jadi, kalau kita umat ISLAM menyambut perayaan itu, maka kita dianggap telah memenuhi ritual kaum itu, lalu kita pun bolehlah dianggap sebagai sebahagian daripada kaum itu. Dan Rasulullah pernah berfirman yang bermaksud, jika seseorang mengikuti amalan sesuatu kaum, maka dia dianggap sebahagian dari kaum itu lalu terkeluar dari agama Islam. Nauzubillah...
    Mari kita tengok beberapa jenis perayaan yang biasa disambut oleh orang-orang Barat yang telah menular dalam kalangan umat Islam khususnya.


    1. April Fool
    Kenapa asal 1 April je, mesti nak kenakan orang? Kenapa 1 April? Kenapa bukan 1 Mei? Kenapa?Kenapa????!!
    JUST TELL ME WHY??????? *emo di situ*
    Sebenarnya, April Fool mula diraikan sejak kejatuhan empayar umat Islam di Granada, Sepanyol oleh orang Kristian. Disebabkan kejatuhan kerajaan Islam itulah, umat Islam terpaksa bersembunyi di rumah masing-masing kerana takut dibunuh. Namun, tentera Kristian tidak berpuas hati dan tetap ingin menghalau orang Islam dari bumi Sepanyol. Nak dijadikan cerita, tentera Kristian telah membuat helah dengan mengatakan orang Islam boleh keluar dari Sepanyol beserta barang-barang mereka dengan selamat menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
    Ada orang Islam yang percaya, ada yang tidak. Yang mempercayai pengumuman itu lantas memeriksa pelabuhan dan setelah berpuas hati, mereka merancang untuk bertolak keesokan harinya, yakni 1 April. Namun, ketika umat Islam menuju ke pelabuhan, mereka diserang oleh tentera Kristian. Kapal-kapal pun turut dibakar. Orang tua, kanak-kanak dan wanita habis dibunuh. Peristiwa berdarah inilah yang akhirnya diraikan sebagai acara tahunan. Yang menyedihkan ialah apabila umat Islam turut meraikan perayaan ulangtahun pembunuhan saudara seagamanya sendiri!
    Sebenarnya, hukum menyambut April Fool ialah haram. Nak tau kenapa haram? KLIK SINI.

    2. Halloween
    Perayaan Halloween sangat sinonim dengan watak Jack O'Lantern, yang mana objek anthropomorphism-nya adalah ukiran buah labu yang menyala. Seram la jugak rupa mende tuh. Anyway, macam mana orang boleh stat sambut Halloween?
    Okay peeps. Actually, perayaan ini disambut oleh golongan bangsa Galia kuno yang dikenali sebagai Samhain. Nak dipendekkan cerita, asalnya sambutan ni diadakan pada setiap hujung musim panas yang dipanggil Hari Samhain. Hari Samhain ni jatuh pada penghujung musim panas dan permulaan musim luruh dan dikatakan kaum Samhain percaya bahawa pada waktu ini batas antara dunia nyata dengan dunia ghaib amatlah tipis sehinggakan roh orang mati dikatakan dapat menyeberangi alam kita.

    Orang-orang Samhain nie akan mengadakan perayaan besar punye untuk sambut roh nenek-moyang mereka yang sudah meninggal dunia. Roh-roh 'diundang' untuk makan bersama, sedangkan roh yang jahat dihalau. Macam mana nak halau roh-roh jahat? Menurut mereka, pemakaian topeng hantu dan mengerikan dapat menghalau roh-roh jahat tersebut lalu menghalang mereka daripada mengganggu perayaan itu. That's why la masa Halloween orang pakai kostum yang creepy (tak lupe jugak kostum yang funny).
    Persoalan lain timbul. Kenapa dinamakan Halloween? Kenapa bukan Samhaeen? Sebenarnya, nama Halloween adalah usaha oleh gereja dalam menyekat perayaan Samhain yang dianggap bertentangan dengan ajaran agama Nasrani. Nama perayaan diubah dengan harapan orang-orang Samhain akan meninggalkan perayaan yang dianggap sesat itu. Namun, sehingga kini, perayaan Samhain tidak dapat diubah walaupun namanya sudahpun ditukar kepada Halloween. Well, tak kisah la nama dia Halloween ke, Samhain ke, kita umat Islam diharamkan untuk menyambutnya. Ini amalan agama lain. Hukumnya berdosa.

    3. Valentine's Day
    Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
    Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
    Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
    Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus tersimpang jauh pengertiannya (jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui greeting card, pesta persaudaraan, bertukar-tukar hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
    Dari sini dapat disimpulkan bahwa Valentine's Day berupaya merosak 'akidah' muslim dan muslimah melalui gaya hidup barat dengan tema percintaan, jodoh dan kasih sayang.

    Sumber: jannahheaven




    0 comments:

    Post a Comment