Saturday 31 October 2015

Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!


Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!! | Ramai mengetahui kisah Tiga Abdul. Kisah Abdul Wahab. Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa kisah Tiga Abdul (diterbitkan pada 1964) adalah kritikan sosial dan politik terhadap Perdana Menter Malaysia pada ketika itu iaitu Tengku Abdul Rahman (hence Abdul Wahab) dan Timbalannya Tun Abdul Razak (Hence Abdul Wahib).




Ramai tidak tahu Kisah ini disebut di poster sebagai “Kisah paling nakal”

Perhatikan wajah Abdul Wahab dan Tengku Abdul Rahman seakan-akan seiras.


Apakah kritikan sosial P Ramlee kepada UMNO dan Perdana Menteri pada ketika itu?


1. Bagaimana perdana menteri dan timbalannya menyerahkan Tanah genting (1964) kepada Berjaya Hills

2. Perjanjian sehingga terkeluarnya singapura dari Malaysia

3. Perjanjian air Singapore Johor selagi ada bulan dan Bintang. Maka Johor akan jual air murah dan kena beli air di proses mahal.

4. Walaupun Negara sudah merdeka, tanah 2, estet2, timah, getah masih milik British. Pada masa itu sine Darby, golden hopes, Guthrie dll adalah plantation yg masih milik British. Bagaimana Negara merdeka tetapi hasil dan tanah bukan milik org tempatan?

5. Banyak lagi peristiwa yang berlaku


Hakikatnya semua ini berlaku kerana kedua-dua pemimpin ini ditipu dengan perjanjian yang mereka sendiri tidak fahami. Akhirnya, aset negara terlepas ke tangan orang lain. Mereka tertipu dengan wanita dan arak.


Inilah antara Quotable quota oleh P ramlee dalam kisah ini:


“kita bahagi harta ini secara demokrasi…. Kanda serahkan semua harta kepada adinda. Inilah demokrasi.”

“Demokrasi apa?”

“Demokirasi terpimpin…”

” Demokrasi terpimpin kepala hotak kau!”


Tuan penasihat “Sebelum mereka kawin kita mesti buat satu syarat (bisik)…”

Sadiq segara “bagus. memang saudara seorang yang bijak. Kalau perkara ini berhasil, tuan akan mendapat 20%”


Ghasidah” hey di sana, di sini datang dekat sini, bukan di sini tergila-gilakan dengan di sana. Di sini datang dekat sini, pasal di sini nak kasi tau, yang abang-abang di sana tu nak kena jual”


Abdul Wahub: ” Ini berita gembira. hey di sana. Bapak di sana tu penyamun. Abang-abang di sini tu penyangak. dah kena dah penyamun jual si penyangak.. apa salahnya (gelak)


Akhirnya mereka dijual sebagaimana negara juga di jual…. semua kerana komisen 20% 25%


Sekarang anda akan lihat filem ini berbeza. KREDIT ISWARDY MORNI


Sumber asal: norichmedia.blogspot.my



Tiga AbdulFrom Wikipedia, the free encyclopedia
Tiga Abdul
The one-sheet for Tiga Abdul.
Directed byP. Ramlee
Written byP. Ramlee
StarringP. Ramlee
Sarimah
Ahmad Nisfu
Music byP. Ramlee
Distributed byShaw Brothers Ltd.
Release dates
1964
CountryMalaysia
LanguageMalay
Tiga Abdul (The Three Abduls) is a 1964 Malaysian comedy film directed by and starring Malaysian silver-screen icon P. Ramlee. It tells the story of three brothers who are caught in a web of trickery set by the cunning Sadiq Segaraga who uses his three daughters to fleece the three brothers of all their wealth. The movie is a tribute to traditional folktales with a moral set into the story and is set a fictional middle eastern country named Isketambola, which is loosely based on IstanbulTurkey.Contents Plot[edit]
Ismet Ulam Raja is a wealthy businessman with three sons, Abdul Wahab, Abdul Wahib and Abdul Wahub. Abdul Wahab and Abdul Wahib are selfish and money-minded, running their individual businesses to success. Abdul Wahub, on the other hand, enjoys a simple life and owns a small music shop. When Ismet Ulam Raja has a heart attack on his birthday, Abdul Wahab and Abdul Wahib start plotting out how much wealth they are set to gain when their father dies. Abdul Wahub is appalled at their behaviour and tries to get their father to go to the hospital, although Ismet Ulam Raja is strongly against hospitals. Their father dies at home, and the two elder brothers immediately distribute their late father's vast wealth among the two of them while Abdul Wahub only inherits their father's house. Although Abdul Wahub is upset at this injustice, he accepts it as he is the youngest brother, and returns to his simple music business.
Sadiq Segaraga, a friend of the late Ismet Ulam Raja, has also set his eyes on the vast wealth that once belonged to his friend. He orders his three beautiful daughters, Hamidah, Rafidah and Ghasidah, to woo the three Abduls. Hamidah is successful in wooing Abdul Wahab and Rafidah is successful in wooing Abdul Wahib, but Ghasidah and Abdul Wahub only argue with each other on sight.
The two elder Abduls meet Sadiq Segaraga to ask for his two daughters' hands in marriage. Sadiq agrees, on the condition that they sign a contract written by him and his lawyer, Kassim Patalon. The contract states that if the Abduls lose their temper at any moment during their marriage, all the wealth they own will go to Sadiq and the Abduls will be sold as slaves. Although they are suspicious of the contract, they agree to sign it. After the marriage, Abdul Wahab and Abdul Wahib move into Sadiq's home, where they are told they are not allowed to eat their food, only smell it, and they are to sleep in the stables, not in their wives' rooms. The two Abduls lose their temper at these conditions, and Sadiq reveals the contract, claiming all their wealth and sells the two men as slaves.
Abdul Wahub sees his brothers being sold in the marketplace, but cannot do anything. That night his father appears to him in a dream, telling him to meet a man named Sulaiman Akh-laken. Abdul Wahub does as he's instructed and it turns out that Sulaiman Akh-laken is Ismet Ulam Raja's lawyer who managed Ismet's overseas properties, which are now passed on to Abdul Wahub. Abdul Wahub discovers that he is several times richer than his two elder brothers combined. Using this knowledge, he starts his plan by meeting Sadiq Segaraga and asking for Ghasidah's hand in marriage. Sadiq shows Abdul Wahub the same contract he'd presented to his elder brothers, and Abdul Wahub says that he'll sign it, on the condition that Sadiq signs another contract. The second contract states that if Sadiq loses his temper, then Abdul Wahub will claim all his wealth and sell Sadiq as a slave.
Abdul Wahub and Ghasidah are married, although they supposedly still hate each other. Abdul Wahub arrives at Sadiq's home and is told the same things his brothers were told but, being prepared, he reacts to all the conditions with ease. The following days Abdul Wahub counters Sadiq's trickery by avoiding Ghasidah, going on supposed dinner dates with another woman and giving away all the things in Sadiq's shop to the poor. Each time Sadiq almost loses his temper, but his lawyer Kassim Patalon reminds him about the contract he signed.
Ghasidah then confronts Abdul Wahub, asking him whether he's really having an affair with another woman. At first Abdul Wahub pretends it is true, but the truth comes out that it was just pretend, and that he is actually in love with Ghasidah, and Ghasidah is in love with him.
Sadiq Segaraga finally loses his temper when Abdul Wahub invites the people of the town into Sadiq's house to take away anything they want. When Sadiq admits that his truly angry, Abdul Wahub reveals the contract, taking everything that Sadiq owns and selling Sadiq, Kassim Patalon, Rafidah and Hamidah as slaves in the market.
After a while, Abdul Wahub buys Abdul Wahab and Abdul Wahib (who have been bought by a merchant), along with Sadiq, Rafidah and Hamidah,(except for Kassim Patalon alone) and brings all of them back to the house that was once the only thing that Abdul Wahub inherited from Ismet Ulam Raja. After a tearful speech, Abdul Wahub apologises to everyone for his doing and undoes the contracts that bound them as slaves. All those who spent their time as slaves learned their lesson.
Cast[edit]
  • Haji Mahadi as Abdul Wahab (eldest son)
  • S. Kadarisman as Abdul Wahib (middle son)
  • Sarimah as Ghasidah (youngest daughter)
  • Mariani as Hamidah (eldest daughter)
  • Dayang Sofia as Rafidah (middle daughter)
  • M. Babjan as Ismet Ulam Raja
  • Salleh Kamil as Kassim Patalon
  • S. Shamsuddin as Pencerita
Songs[edit]
  • Bunyi Guitar (The Sound of the Guitar) - Performed by P. Ramlee
  • Tolong Kami, Bantu Kami (Oh Please Help Us) - Performed by P. Ramlee
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (Even the Tongue) - Performed by P. Ramlee and Saloma


Sumber: Wikipedia


PERBEZAAN PANGKAT DATO,TAN SRI DAN SEBAGAINYA YANG RAMAI TAK TAHU !! [+viainfo: Berapakah Modal Sesuai Untuk Trade Forex?]





Secara amnya kita boleh bezakan dengan pantas melalui nama panggilan seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Dato' ataupun Datuk. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut dan jelas, sila baca maklumat susunan keutamaan Darjah-Darjah Kebesaran pada fakta-fakta yang aku sisipkan di bawah ini.


DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG-BINTANG DAN PINGAT MALAYSIA

* DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.)
Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinya terhad seramai sepuluh orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.

* DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.)
Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.


DARJAH-DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA

* SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.
* PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.
* JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Jumlah penyandang terhad kepada 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
* KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad
* AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah penyandang tidak terhad.
* PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.)
Ia merupakan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.


DARJAH-DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA

* SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

* PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormat yang dikurniakan kepada warganegara asing.

* JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Jumlah anugerah ini terhad kepada 1,200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.


DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA

* PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Jasa Negara Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'. Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada 300 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.


DARJAH-DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA

* PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Jumlah anugerah ini terhad kepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'.

* JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja pangkat Kedua.

* KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.

* BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.


DARJAH BAKTI

* DARJAH BAKTI (D.B.)
"Berbakti Untuk Negara". Ianya dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan juga di kalangan antarabangsa serta telah memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini adalah dihadkan kepada 10 orang sahaja.


DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA

* SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)
Ini merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.

* PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.)
Dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh.

* JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.)
Juga dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.

* PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.

* KEPUJIAN PERUNTUKAN KEBERANIAN (K.P.K.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.


BINTANG DAN PINGAT BAGI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI

* PINGAT KEBAKTIAN (P.K.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota pasukan Tentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

* PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.)
Dikurniakan kerana khidmat-khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform

* PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

* PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.)
Dikurniakan untuk menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.


PINGAT-PINGAT PERINGATAN

* PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.)
Dibuat dalam tiga peringkat, iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini khusus untuk mereka yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan persekutuan Malaysia hingga 31 Ogos 1965.


SUMBER: Buku Cenderamata, Istiadat Mengadap Dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Dan Pingat-Pingat Malaysia Pada 3 Jun 2000, ISTANA NEGARA, Kuala Lumpur


SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH PERSEKUTUAN

1 SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA S.P. 2 DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA D.K.M. 3 DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA D.M.N. 4 SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA S.M.N. 5 SERI SETIA MAHKOTA MALAYSIA S.S.M. 6 DARJAH BAKTI D.B. 7 PANGLIMA MANGKU NEGARA P.M.N 8 PANGLIMA SETIA MAHKOTA P.S.M. 9 PANGLIMA JASA NEGARA P.J.N. 10 PANGLIMA SETIA DIRAJA P.S.D. 11 JOHAN MANGKU NEGARA J.M.N. 12 JOHAN SETIA MAHKOTA J.S.M. 13 JOHAN SETIA DIRAJA J.S.D. 14 KESATRIA MANGKU NEGARA K.M.N. 15 KESATRIA SETIA DIRAJA K.S.D. 16 AHLI MANGKU NEGARA A.M.N. 17 PINGAT PANGKUAN NEGARA P.P.N. 18 BENTARA SETIA DIRAJA B.S.D. 19 PANGLIMA GAGAH BERANI P.G.B. 20 JASA PERKASA PERSEKUTUAN J.P.P. 21 PINGAT TENTERA UDARA P.T.U. 22 PINGAT KEBAKTIAN P.K. 23 PINGAT KHIDMAT BERBAKTI P.K.B. 24 PINGAT PERKHIDMATAN AM P.P.A. 25 KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN K.P.K. 26 PINGAT PERKHIDMATAN SETIA P.P.S. 27 PINGAT PERINGATAN MALAYSIA P.P.M. 28 PINGAT-PINGAT PERTABALAN -


Infromasi tambahan (1) Suami dapat panggilan 'Datuk', secara automatik orang rumahnya dipanggil 'Datin' (bertuah pompuan ni ya). Kalau orang rumah dapat anugerah 'Datuk', secara automatiknya si suami tadi MASIH bergelar ENCIK sahaja .....hehehhehheh...


(2) Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyak sumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanah kelahirannya - kerajaan negeri). Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka boleh dikatakan hanya terbuka kepada orang awam macam kita sahaja dan tidak kepada anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan kerana Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka ini lebih dianggap sebagai Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat Kelas Dua (ada Kelas Satu juga). (3) Anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan biasanya dianugerah dengan DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.). Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.


Disebabkan gelaran ini adalah anugerah yang tertinggi kalau mengikut senarai susunan keutamaan, kebiasaanya diberikan kepada bekas para hakim ataupun bekas menteri yang TERLALU BANYAK SUMBANGANNYA kepada negara. Anugerah Darjah ini terhad kepada 25 orang sahaja.


Sumber asal: kesahkeyop.blogspot.my




Berapakah Modal Sesuai Untuk Trade Forex ?Semua orang mempunyai peluang untuk improve dan naikkan taraf hidup jika berjaya trade forex dengan cemerlang, tetapi anda perlu ingat yang forex ini adalah sebuah business high risk. Ia adalah real business, high risk dan juga high return. Apabila saya kata tentang high risk dan high return, ramai hanya tertumpu kepada ‘high return’ dan tidak mengendahkan ‘high risk’ tersebut.  Dalam forex trading, anda akan mendengar rata-rata bercerita tentang betapa indahnya jika profit, seolah-olah anda hari ini mengayuh basikal dan esok boleh terus membawa Ferarri. Walaupun saya katakan high return, tapi tak bermaksud high return tu adalah gambaran sedemikian rupa. Jadi apa maksudnya ?High return bagi saya adalah jika kita dapat trade dan untung 10%-20% sebulan dari modal pun sudah cukup tinggi. Walaupun ramai compare directly forex business dengan ASB tetapi anda harus ingat. ASB memberi pulangan sekitar 7%-8% setahun sambil anda goyang kaki, tapi anda jangan harap untuk trade forex sambil goyang kaki dan bercita-cita jana 100% dalam sehari. Itu adalah semua tidak masuk logik akal. Trade forex ini ibarat pelaburan yang perlukan ilmu, sama seperti trade saham, stocks market, index, kesemua perlukan ilmu. Mutual fund juga perlukan ilmu. Tetapi antara semua jenis, forex trading adalah paling berisiko dan paling high return kerana instrument-instrument lain tidak dapat berikan pulangan seperti ini.Apabila anda ingin trade forex, anda perlu tahu anda ingin keuntungan dalam bentuk jangka masa lama atau jangka masa pendek. Jika anda memikirkan tentang jangka masa lama, sila fikirkan secepat mana anda perlukan duit tersebut iaitu return dari forex trading tersebut. Ramai yang meletakkan ingin dapat untung setiap hari dan pemikiran inilah yang menyebabkan gagal dalam menjadi forextrader yang sebenar, keuntungan yang diimpikan terlalu singkat dan besar.Saya tak tahu apa orang lain fikirkan dan boleh buat, tetapi bagi saya jika anda dapat memikirkan keuntungan anda boleh perolehi setiap bulan 10%-15% dari forex trading sudah cukup bagus dan ini akan meminimakan risk yang anda perlu tanggung. Katakanlah pendapat saya 15% dari forex trading dianggap betul dan diambil kira.Berapa modal yang sesuai ?Ramai yang cuba ceburi forex tanpa planning, matlamat dan tujuan, jadi terus memulakan trading dengan modal yang sangat kecil seperti USD50 atau USD100. Dengan target 15% sebulan dari USD100, ialah USD15, dalam Ringgit Malaysia nilainya lebih kurang RM45. Sebulan untung RM50 sangat kecil dan trader ini akan rasa tidak berbaloi dengan masanya mengadap forex chart. Akibat rasa tidak berbaloi beliau akan terus trade secara menggila untuk gandakan USD100 tersebut dengan harapan bulan hadapan mendapat keuntungan sekitar USD1000 iaitu 1000%, anda rasa beliau dapat lakukan ? Ramai akan kecundang pada tahap ini.Jadi saya cadangkan dengan pengurusan Money Management Forex yang betul, buat yang mula-mula dan mahu berjinak dalam forex, anda perlu fikirkan perkara-perkara berikut. Anda perlu letakkan modal yang anda sanggup rugi dan USD1000.00 bagi saya adalah modal yang logik untuk anda tingkatkan taraf hidup anda dengan permulaan forex trading. Jika anda masih belum mempunyai USD1000.00 dan teknik forex yang boleh memberikan return 10-15% sebulan, saya cadangkan jangan mula trade real. Anda boleh terus berlatih trading di demo. Ramai yang akan cakap “tak apa, nak try USD100 dahulu sebab nak test trade.” Dan saya tengok ramai trader begini, yang at the end terus deposit berulang kali USD100 tersebut kerana rugi berulang kali dan gangguan emosi.Kenapa USD 1,000 ?Jika bulanan anda dapatkan keuntungan paling minima adalah katakan 20%, ia adalah USD200 dan sekitar RM600. Perbandingan dengan income golongan pekerja am dan golongan pertengahan yang rata-rata mula berjinak menceburi bidang forex trading, RM600 sebulan cukup untuk membeli barang dapur, tingkatkan taraf hidup, ada duit lebih sikit bayar kereta dan lain-lain. Itu sudah cukup memadai untuk anda capai secara konsisten selama 6-12 bulan sebelum meningkatkan modal untuk meningkatkan taraf hidup anda. Dan dengan matlamat anda yang jelas dan betul dari mula, anda tidak akan terpesong jauh membuat kesalahan yang sama yang saya katakan tentang sebelum ini. Ia semua adalah dari pengalaman dan pengamatan saya sepanjang saya di dalam forex business ini, terpulang kepada anda untuk terima atau tidak.Boleh juga rujuk post Bayar Ansuran Kereta dengan Income Forex Trading – mungkin anda akan belajar sesuatu. Ingat, forex ini bukan skim cepat kaya, dan bukan program pelaburan goyang kaki. Forex perlukan ilmu dan trading real, tiada return bulanan dari broker secara tetap, trade ada pulangan, tak trade tidak ada. Ops, untuk meminimakan risiko anda juga, jangan trade dengan broker yang salah, kalau tidak sebagus mana pun anda trade forex, tidak akan berguna jika ‘pihak’ yang menguruskan forex trading aktivity anda adalah pihak yang anda salah pilih.what you do today will determine your future – MoshedFXSumber: moshedfx.com


[MESTI TENGOK] 5 Foto Gadis Wajah Seiras Datin Rosmah Mansor Ditemui !!!



Kembar Datin Rosmah Mansur Ditemui | Sejak semalam dua keping gambar gadis seiras dengan isteri datok sri najib razak,datin rosmah mansur menjadi viral di media sosial menerusi beberapa postingan laman blog tempatan.

Terkejut dato' sri najib! mesti dia tak sangka ada orang mirip datin katanya.
Ekoran gambar berkenan turut mendapat perhatian ramai bukan sebenarnya atas gambar, namun atas komen-komen pengguna media sosial yang berbaur dengan ayat ayat lawak yang menghiburkan.




Tidak sedikit netizen yang memuji kecantikan datin rosmah,yang nampak anggun dan mempesona bahkan mereka mengatakan datin lebih cantik dari pada gadis yang dikatakan mirip dengannya,sungguh tidak dapat di nafikan, Datin sri rosmah sememangnya mempunyai kecantikan yang semula jadi. Sumber Eberita.org


Sumber asal: uhoh-gosip.blogspot.my


Rosmah MansorDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri
Hajjah Rosmah binti Mansor
Fail:Rosmah Mansor.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
3 April 2009
Didahului olehTun Jeanne Abdullah

Lahir10 Disember 1951 (63 tahun)
Kuala PilahNegeri Sembilan
PasanganDatuk Paduka Seri Hajji Mohd Najib Tun Abdul Razak
AnakNorashman Najib
Nooryana Najib
PekerjaanPengurus Pembangunan Perniagaan
AgamaIslam Sunnah
Yang Amat Berbahagia, Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah binti Mansor ialah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau dilahirkan di Kuala PilahNegeri Sembilan pada 10 Disember 1951. Selain itu, beliau juga merupakan bekas Canselor Universiti Selangor (UNISEL).Isi kandungan
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Rosmah mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Selain itu beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti badmintonhoki dan bola jaring. Beliau juga sukakan hiburan dan selalu mengambil bahagian dalam nyanyian, tarian dan lakonan semasa di sekolah.
Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang antropologi dan sosiologi. Selepas menamatkan ijazah, beliau menyertai Bank Pertanian Malaysia sebagai eksekutif pada tahun 1975. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Negeri LousianaAmerika Syarikat, dan berjaya mendapat Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian.
Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau mempunyai seorang anak Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Abdul Aziz, berasal dari Perak[1] Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri MenantiNegeri Sembilan.
Khidmat sosial[sunting | sunting sumber]
  1. Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)
  1. Penaung Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia
  1. Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  1. Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
  1. Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (PENCINTA)
  1. Persatuan Thalasemia Malaysia
  1. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Permata Negara.
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Datin Seri Paduka Rosmah Mansur telah banyak menerima pelbagai anugerah dan pingat jasa dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negara, salah satunya adalah Anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa daripada Majlis Perniagaan bagi Persefahaman Antarabangsa (BCIU) Amerika Syarikat pada 17 April 2010. Anugerah disampaikan oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Lawrence Eagleburger di St. Regis Hotel.[2]
Pada 11 Februari 2012, Datin Seri Paduka Rosmah Mansur telah dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti CurtinAustralia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak menerusi program Permata Negara. Canselor Universiti Curtin, Dr Jim Gill menyampaikan ijazah doktor kehormat itu kepada Rosmah pada majlis konvokesyen universiti itu di Perth.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari. Pada majlis itu, lebih 500 graduan universiti itu, termasuk beberapa pelajar Malaysia, turut menerima ijazah masing-masing.[3]
Selain itu, beliau turut juga dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara. Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur. Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.
Isu dan kritikan[sunting | sunting sumber]
Rosmah Mansor telah menerima banyak kritikan keras khususnya dari para blogger di Malaysia, lebih-lebih lagi sejak beliau menyandang gelaran sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia. Banyak kritikan berlegar akibat dari reputasinya sebagai yang boros, kuat berbelanja dan dilihat mendominasi agenda politik dan sosial Najib Razak.[4] Gambarnya telah ditangkap dan disebar luas dalam media internet, lebih-lebih lagi bila terdapat dakwaan bahawa beliau berfotografi dengan pereka beg ganggang terkenal Hermes Birkinsdan barang perhiasan mewah,[4] menarik kritikan pedas khususnya pihak pembangkang di Malaysia.
Pereka barangan kemas Amerika Syarikat Jacob and Co, telah mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin berlian bernilai RM24 juta pada tahun 2011, dimana dokumen jual beli juga menunjukkan bahawa barang yang dibeli itu telah dipulangkan balik ke AS. “Sebab mengapa nama Puan Rosmah Mansor berada dalam resit House Airway kerana terdapat barang bernilai yang diposkan ke Kuala Lumpur, barang tersebut mesti dijaga rapi oleh orang tempatan Malaysia,” katanya.[4]
Kempen video burukkan isteri PM[sunting | sunting sumber]
Pada 25 Jun 2009, beliau menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet. Ia disediakan di dalam tiga klip video yang lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek melibatkan orang yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka sebagai adik lelakinya, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh. Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya.[5] Ia tidak disenangi oleh beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) asal Rosmah Mansor yang tidak bersetuju dengan paparan negatif terhadap wanita pertama itu.[6]
Kes 'bini puaka'[sunting | sunting sumber]
Pada 30 Jun 2009 jam 3 petang, sebelum kedatangan beliau ke Universiti Malaya beliau dirujuk sebagai "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan diUniversiti Malaya oleh dua mahasiswa yang terpengaruh dengan dakwaan tanpa bukti oleh pihak pembangkang, yang didakwa menconteng perkataan-perkataan tersebut. Salah seorang penyebar berita fitnah tersebut kemudiannya mendakwa dia hanya mengulangi berita yang sampaikan kepadanya.[7] Hasilnya, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh beliau. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin. Sebelum itu pada 17 Julai 2009, Shazni Munir Mohd Ithnin, presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, ditahan.[8] Pada 13 Julai 2009, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 7 hingga 11 Disember 2009 bagi perbicaraan kes tersebut. Salah seorang yang membuat tuduhan tersebut, Raja Petra kemudiannya mendedahkan bahawa dia ("Raja Petra") membuat tuduhan tersebut dengan kepercayaan bahawa arahan tersebut datangnya dari penasihat PKR dan pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.[9]
Lagi mahasiswa ditahan[sunting | sunting sumber]
Pada 13 Ogos 2009, tiga anggota polis berpakaian biasa dipercayai dari ibu pejabat polis daerah Brickfields menahan Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah Akademi Pengajian Islam (API) tahun dua dan ditahan reman selama dua hari. Polis mengemukakan enam alasan dalam permohonan perintah reman, antaranya untuk membantu siasatan kes contengan tersebut dan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai seorang lagi suspek yang masih lagi bebas, Muhammad Saufi Jelani.[10] Akhirnya pada 19 November 2009, Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.[11]
Perasmian Persidangan Wanita Pertama[sunting | sunting sumber]
Pada 11–13 Oktober 2010, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada perasmian Persidangan Wanita Pertama di Kuala Lumpur[12] dimana Rosmah telah disenaraikan sebagai salah seorang Wanita Pertama.[13] Persidangan menekankan kepentingan tugas wanita dalam keluarga, komuniti dan kerajaan dimana mampu bekerjasama bagi membuaka bakat terpendam dalam setiap diri kanak-kanak. Terdapat 15 orang Wanita Pertama mengambil bahagian dalam Persidangan bertemakan "Kanak-kanak Sekarang, Seorang Pemimpin Hari Esok".[14] Persidangan itu telah menyebabkan kemrahan umum disebabkan kehadiran orang yang sangat sedikit dan tidak menonjol. Ahli Parlimen Ampang,Zuraida Kamaruddin, mengkritik keras tentang penyalahgunaan dana awam berjumlah RM24 juta semata-mata untuk penganjuran persidangan, dimana beliau mendakwa dana boleh digunakan untuk perkara yang lebih penting. Walaupun mendapat kecaman keras pihak pembangkang, Setiausaha Kehormat PBBBan Ki Moon melahirkan rasa gembira atas usaha Persidangan Wanita Pertama kerana mengangkat nilai kebajikan kanak-kanak.[15]
Kenyataan mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011[sunting | sunting sumber]
Pada 15 Mac 2011, video Rosmah memberi komen mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011 disiarkan di Astro Awani, saluran berita 24 jam Astro. Di dalam video tersebut, Rosmah berkata bencana tersebut disebabkan kelalaian Jepun dalam melaksanakan dasar perancangan dan pembangunan mesra alam, serta mengaitkan bencana tersebut dengan pembangunan pantas serta perubahan iklim, dan ia seharusnya menjadi iktibar kepada Jepun dan masyarakat antarabangsa. Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan penyokong pembangkang di Twitter, dengan ramai pengguna mengutuk Wanita Pertama Malaysia tersebut bahawa perubahan iklim dan gempa bumi sama sekali tidak berkait[16]. Beberapa ahli parlimen pembangkang turut mendesak Perdana Menteri untuk 'mengawal isterinya' dan mendesak Rosmah untuk meminta maaf pada kerajaan dan rakyat Jepun atas kenyataannya itu.[17] Sementara itu, ahli parlimen Barisan Nasional pula menuduh pembangkang 'tidak melihat dari gambaran yang lebih besar'. Nazri mendakwa bahawa ulasan Rosmah mengenai "teknologi hijau" adalah lebih meluas dari sedutan itu. [18]
Sungguhpun dicemari kontroversi tersebut, Rosmah telah pun menyatakan ucapan takziah secara rasmi kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun.[19] Selain itu, beliau telah melancarkan satu tabung bantuan kepada mangsa dengan kerjasama Maybank dan Pandu Puteri.[20] Sejumlah RM1.8 juta sudah pun diagihkan kepada mangsa bencana tersebut.[21]
Kontroversi Penggunaan istilah "Wanita Pertama"[sunting | sunting sumber]
Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak mengamalkan konsep Raja mutlak, iaitu satu konsep yang memberikan Raja menggarap hasil kekayaan negaranya dan mengagihkan hasil kekayaan kepada rakyat jelata melalui kuasa penuh pentadbiran yang ada digenggamannya. Namun di Malaysia sebenarnya hanyalah mengamalkan konsepRaja berpelembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan Raja hanya memainkan peranan sebagai simbol negara yang berdaulat. Berbalik kepada isu penggunaan gelaran "Wanita Pertama", Artikel 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa isteri Yang di-Pertuan Agong ialah hanya yang kedua kepadaYang di-Pertuan Agong itu sendiri. Maka, oleh itu dapatlah ditafsirkan bahawa Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah orang yang layak memegang gelaran "Wanita Pertama Malaysia" mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan Malaysia.[22][23]
Andaian bagi memegang gelaran "Wanita Pertama" di Malaysia sebenarnya dianggap sebagai isu yang cukup "panas" bagi sesetengah pihak khususnya yang berada dibawah naungan Malaysia (rakyat dan pemerintah), ini kerana gelaran ini sering dipersoalkan di meja-meja diskusi dalam gelanggang politik Malaysia. Malaysia bukanlah sebuah negara republik yang diperintah oleh Presiden yang memenangi mana-mana bahagian dalam gelanggang pilihan raya, tetapi hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara Raja Perlembagaan yang menetapkan Raja sebagai simbol kedaulatan dan orang yang bertanggungjawab memperkenan sebarang usul perundangan dan entiti kehakiman. Perdana Menteri pula ialah seorang rakyat jelata yang mendapat mandat dari rakyat menerusi pilihan raya, lalu bertanggungjawab mengepalai pentadbiran eksekutif selain memacu pembangunan negara dan memerintah Malaysia secara adil dan saksama, berlandas nas-nas yang termaktub dalam perlembagaan negara seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ketika era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, malahan era pemerintahan Perdana Menteri sebelumnya, tidak terdapat sebarang bentuk entiti khusus yang dipersoalkan di Malaysia berkenaan kedudukan dan gelaran isteri Perdana Menteri sebagai wanita pertama. Lagipun isteri pertama mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Tun Endon Mahmood Ambak yang sarat menempuhi pembedahan akibat serangan kanser payu dara di Amerika Syarikat juga tidak menggunakan gelaran "Wanita Pertama" secara khusus dan terbuka.
Isu kontroversi penggunaan gelaran "Wanita Pertama" sebenarnya hanya mula memuncak ketika era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia terkini Dato Seri Najib Tun Razak berikutan isterinya Rosmah Mansor yang dikatakan menggunakan gelaran wanita pertama secara besar-besaran di Malaysia. Ada pula yang menganggap gelaran "Wanita Pertama" hanya khusus buat Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, dan ada juga yang mengatakan gelaran ini tidak patut ditimbulkan dan digunapakai berikutan Malaysia bukan sebuah negara republik.
Isu tidak hanya berhenti disitu sahaja, terdapat sumber yang mengatakan Pejabat Perdana Menteri telah mewujudkan sebuah jabatan misteri yang baru yang diletakkan atas nama akronim Jabatan F.L.O.M (First Lady of Malaysia) dengan melantik Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod sebagai pegawai khas. Namun jabatan tersebut akhirnya dibubarkan. Berita penubuhan jabatan misteri tersebut telah menjadi buah mulut cerita dan analisis dari pelbagai blogger. Terdapat sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat perhubungan dalam jabatan FLOM tetapi telah dikeluarkan segera, namun terdapat sebilangan enjin pencari yang telah mengurus dan menyimpan data dalam [24].[25]Ramai pihak yang telah mempersoalkan kerasionalan, kesahan dan fungsi jabatan tersebut. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan Bajet Kebangsaan turut memperuntukan dana bagi urusan kerja jabatan.
Berbelanja sakan[sunting | sunting sumber]
Dalam laporan dikeluarkan oleh Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "wanita pertama kaki berbelanja", mendakwa berbelanja sebanyak A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney. Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib bercuti dan bermalam di sebuah penthouse (rumah rehat) dengan kos A$20,000 (RM65,100) semalam. Penthouse tersebut merupakan Hotel Darling 5 bintang yang diubah suai.[26] Walaubagaimanapun, melalui akaun twitter, Najib Razak menyangkal laporan bahawa bininya berbelanja sakan sebanyak RM325,000 di Sydnet dan dakwaan tersebut sangat liar dan ditokok tambah untuk merubah persepsi masyarakat terhadapnya dan isteri. [27]
Awal lagi, terdapat dakwaan bahawa Rosmah membeli sebentuk cincin permata bernilai US$24 juta (RM77 juta). Philip Nassimi, pengarah syarikat barang perhiasan mewahJacob & Co, menunjukkan versi pembelian cincin berlian itu, dan mahu menghantarnya ke Kuala Lumpur atas nama Rosmah Mansor. Tapi tujuannya adalah untuk menunjukkan cincin tersebut pada Maira Nazarbayev, dimana anak lelakinya bertunang dengan anak perempuan Najib dan Rosmah. Cincin tersebut selepas dilihat oleh Maira, kemudian dihantar balik ke New York pada Mei 2011.[28] Pada 4 Oktober 2011, Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa tiada bayaran dibuat berkenaan cincin US$24 juta (RM77 million) yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri Malaysia, dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia mengesahkan cincin tersebut telah dihantar pulang ke New York oleh syarikat pengeluar.[29] Rosmah juga menyebabkan bantahan awam yang terjadi banyak kali walaupun masih tidak menyebabkan pemberontakan besar, apabila didakwa memegang sekurang-kurangnya 11 buah beg Hermes Birkins dalam warna-warna yang berbeza.[30][31][32]
Sumber: Wikipedia