Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

Thursday, 5 November 2015

SERAM !! Apa Yang Tersangkut Pada PAPAN TANDA Jalan Ini Memang ANEH & MENIMBULKAN TANDA TANYA !!! [+viainfo: 4 Tips Untuk Jadikan Kerjaya Forex Trader Anda Lebih Mudah]




Sumber: bulletinmedia





4 Tips Untuk Jadikan Kerjaya Forex Trader Anda Lebih Mudah

Seperti anda sedia maklum, forex trader adalah satu kerjaya di institusi kewangan. Jadi sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang trader, tentulah ada syarat yang perlu dipenuhi supaya anda juag boleh berjaya walaupun jadi trader dari rumah. Berikut adalah 4 tips untuk membuatkan anda lebih mudah untuk berjaya:

#Buat Trading Plan dan Ikutinya:
Trading adalah sama seperti perniagaan atau kerjaya lain yang mana, jika anda tidak mempunyai perancangan dan pelan tindakan, anda memang menempah kegagalan. Trading plan adalah satu keperluan kerana tanpanya trading akan jadi satu perjudian. Trading plan yang baik akan menentukan 3 peraturan yang perlu dipatuhi: bila masa untuk masuk market, berapa had risiko, dan bila masa nak exit. Itu sahaja. Ia adalah penting untuk anda bangunkan satu trading plan dan patuhi peraturan yang anda sendiri buat, jika anda berharap untuk menjadi trader yang berjaya.

#Belajar Untuk Terima Kerugian:
Kerugian adalah sebahagian daripada perniagaan, begitu juga trading yang sememangnya satu perniagaan dan tidak ada seorang trader pun yang akan terlepas dari mengalami kerugian. Bezanya cuma sama ada anda rugi banyak dari untung, atau untung lagi banyak dari rugi.
Sebagai manusia kita memang mencari kesempurnaan dan kita percaya bahawa jika kita boleh mencari teknik yang betul, kita boleh trade dengan sempurna dan tidak akan mengalami kerugian. Malangnya itu satu ilusi dan tidak akan berlaku, kerana trader terbaik dunia pun mengalami kerugian dan faham bahwa ianya sebahagian daripada perniagaan. Kuncinya adalah tidak takut dengan kerugian, tetapi menerima hakikat bahawa kerugian boleh berlaku dan oleh itu risiko perlu diuruskan dengan sewajarnya.

#Gunakan MM yang betul:
Kunci untuk berkekalan dalam dunia forex adalah dengan mengawal risiko. Anda perlu menahan godaan untuk trade kerana nak untung banyak dan tukar mindset kepada trade untuk rugi sedikit. Oleh kerana kerugian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, jadi set minda anda untuk kawal kerugian. Anda perlu jaga modal anda seperti anda menjaga yang tersayang. Anda tentu tidak akan membahayakan nyawa ahli keluarga anda yang tersayang bukan? Jadi jangan risikokan modal anda untuk trade yang tidak perlu atau secara mebabi buta, kerana modal anda adalah talian hayat kerjaya trading anda. Pastikan risiko maksimum anda adalah antara 2-3% untuk setiap trade dan anda akan pastikan jika anda mengalami rentetan kerugian, anda masih ada modal untuk meneruskan kerjaya anda.

#Jangan Jadi tamak:
Apabila anda membuka position dan pasaran seolah mengikut apa yang anda fikirkan macam magic, anda akan tergoda untuk hold lebih lama dengan trade anda kerana anda fikir ia akan terus bergerak dalam arah yang sama, sekaligus membuat anda nak dapatkan lebih banyak untung. Walau bagaimanapun, ini boleh memakan diri apabila pasaran boleh berubah dengan cepat dan menghakis semua keuntungan anda dan anda kembali floating negatif.
Untuk mengelakkan ini, anda perlu ada strategi pengurusan trade. Kerana itulah penting untuk tahu sama ada post yang akan dibuka adalah untuk intraday atau swing. Kalau intraday, ambillah untung apabila pasaran telah memenuhi range hari itu atau mencapai take profit yang telah anda tetapkan. Sekiranya swing, mungkin anda boleh alihkan stop loss apabila pasaran telah berada jauh dari entry anda. Alihkan ke breakeven bukan alihkan supaya jadi lebih besar. Jumlah ini harus ditakrifkan dalam trading plan anda dan harus dipatuhi.
Forex mungkin nampak macam susah atau seperti mustahil untuk dipelajari, tetapi dengan tips ini anda akan lebih mudah untuk berjaya dalam kerjaya forex trading. Ramai orang yang gagal sebab tak ikut semua ini, betul tak? tepuk dada tanya diri.
Perlukan kelainan dalam Chart Trading Platform anda ? Dah cuba Platform Trading Station Desktop dari FXCM ? Ia sangat menyeronokkan dan lain dari platform trading biasa. Rujuk maklumat lanjut di sini : KLIK SINI

Sumber: moshedfx.com


Tuesday, 3 November 2015

KISAH BENAR: "HANYA ORANG BODOH SAJA CAKAP SYURGA DI BAWAH KAKI SUAMI" [+viainfo: 3 Tips Ketenangan Emosi Untuk Trade Forex]


Itulah yang dikatakan oleh seorang individu Pengguna facebook bernama Rohanita Puchong, kononnya dia berkata benar sebab pegi kursus kahwin,kami pun tak tau sama ada dia tak Fokus masa mendengar ceramah atau tempat kursus kahwin tu ajaran songsang.




Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bermaksud:
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya." - (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Seperti semua sedia maklum, syurga seorang perempuan (belum kahwin) terletak di bawah tapak kaki ibunya.., tetapi, bagi seorang wanita (bergelar isteri), syurga nya terletak di bawah kaki suami. Maknanya, taat kepada suami maka, si isteri akan mudah mendapat syurga. Mudah sebenarnya seorang wanita untuk mendapat syurga Allah s.w.t.
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya." - (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Betapa Rasulullah s.a.w menyuruh kita taat kan suami dan kalau si isteri menderhaka kepada suaminya.., walaupun cuma keluar tanpa izin. Maka jadilah si isteri tadi isteri yang nusyuz.., dan sesungguhnya isteri yang nusyuz tidak layak di syurga Allah!
Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." - (Riwayat Muslim)
Janganlah disakiti hati suami.., fikir sebelum nak berkata-kata.., kalau tak termasuklah kita dalam golongan di atas ni.
Kebelakangan ni mcam-macam kes tentang suami isteri dapat kita dengar, si isteri dah pandai mintak cerai sebab kononnya boleh hidup sendiri. Kalau lah si isteri yang mintak cerai dari suaminya baca hadis ni, rasanya mesti tak gamak dia nak berbuat sedemikian :
Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara' maka haram baginya bau syurga." - (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk kesyurga yang Allah s.a.w berikan kepada isteri iaitu dengan hanya Menjaga Solat, Puasa,Jaga Kehormatan dan Taat Kepada Suami.
Sebagaimana Sabda Rasullullah s.a.w "Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki"
Sabda baginda lagi.., "Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab!"
Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipancung .
Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud : "Dan Allah s.w.t mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : "Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."
Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah s.w.t, lalu Allah perintahkan kepada malaikat : "Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga."

SUMBER EBERITA


Sumber asal: oohmygee



3 Tips Untuk Dapatkan Ketenangan Emosi Untuk Trade Forex


1. Modal yang Sesuai

Apa sahaja berkenaan duit, mesti ramai yang marah. Barang naik harga, ramai yang marah. Orang pinjam duit tak bayar, ramai yang marah. Duit kena curi, ramai yang mengamuk. Kena tipu dengan skim cepat kaya, lagi lah orang mengamuk betul tak? Pendek kata, ramai manusia tidak dapat kawal emosi apabila dikaitkan dengan duit. Jadi untuk kawal emosi, permulaan kita kena kawal penyebab emosi iaitu kawal duit dengan Mula Trade dengan Modal yang Sesuai!

Kenapa perlu ada modal yang sesuai? Agar anda tak menggelabah bila order anda kena Stop Loss. Agar anda dapat follow rules yang ditetapkan. Apabila dapat sediakan modal yang sesuai untuk trade forex, jadi anda dapat sediakan target trading yang reasonable, iaitu yang logik. 10% atau 20% sebulan, untuk upgrade hidup. Bayar duit kereta, bayar bil eletrik, bil telefon dan sebagainya. Bukan dengan USD100, nak trade jadikan 10K dalam masa sebulan. Jika anda dapat buat begitu, itu hanyalah rezeki yang Tuhan nak bagi secara sengaja. Orang panggil bertuah! Kalau tidak anda akan kekal menjadi “mat depo” dan mula mengatakan Forex ini menipu!


2. Cari Teknik yang Sesuai dan Praktis Guna Demo Akaun

Siapa guna akaun demo, sila angkat tangan! Maksud saya guna akaun demo secara betul-betul, trade dengan ada jurnal, catitan dan follow rules trading. Banyak broker sediakan akaun demo tetapi ramai yang tak sabar-sabar dan manfaatkan demo akaun tersebut. Sepatutnya guna akaun tersebut untuk test trading skill anda. Cuba bertahan guna demo dalam 3 bulan.

Saya ingat lagi pada tahun 2012, saya ada mengalami kerugian trading yang telah menelan 50% dari modal trading saya. Saya stop dulu trade real. Saya guna demo, cari balik rentak, seolah-olah trading real. Untuk cari rentak balik, saya buka akaun demo, dan hampir 5 akaun demo saya habis 50% dari modal juga, sebelum saya jumpa teknik yang saya apply guna pada akaun demo yang dapat maintain 2 bulan profit. Baru saya kembali ke real trading dan start fresh bersama teknik yang dah diperbaiki.

Forex ini kadang-kadang market tu berubah trendnya,berubah rentaknya. Jadi bila berubah, kita perlu cari teknik yang dapat adapt dalam hal ini. Orang kata , ” if you can’t change direction of wind, adjust your sails to reach your destination.”

Ramai orang merungut, demo akaun tak ada feel, tetapi bila rugi duit real dalam forex, kata forex ini menipu pula. He he. Janganlah buka akaun demo, install dalam handphone dan rasa nak buy masuk buy, rasa nak sell masuk sell, main hentam keromo sahaja trade. Tiba2 untung banyak akaun demo terus rasa nak cuba akaun real, memang tak ada feel lah jawabnya. Sepatutnya akaun demo tu buat betul2 macam trade akaun real, ada jurnal dan sebagainya. Kalau teknik praktis pun tak dapat kawal, jangan harap untuk kawal emosi ketika trading.


3. Suasana yang sesuai

Jika ada bilik lebih dirumah, dan rasa ingin betul-betul serius dalam trading walaupun secara part-time, sediakan satu bilik trading. Tak perlu hebat-hebat, just ada kerusi dan meja letak PC atau laptop, dah cukup untuk jadi meja trading. Nanti dah profit banyak boleh design meja trading forex hebat-hebat yang dapat bantu anda beri lebih tumpuan. Cerita dari rakan saya, kadang-kadang tak ada tempat, trade di ruang tamu. Dengan anak kecil datang nak tengok upin-ipin la, boboiboy lagi, sebab dah tengok ayah dia buka laptop, memang kalau trading juga akan kelaut lah jawabnya.

Jadi ada bilik dengan suasana trading yang sesuai,walaupun anda adalah trader part time, sangat membantu. Balik kerja, trade di rumah pada sesi US open, cari teknik yang serasi yang dapat banyak setup time tersebut.Praktis dan praktis.

Yang dah bekeluarga, cari suasana yang sesuai. Yang suami dapatkan sokongan isteri agar faham tentang apa yang anda buat ini. Berbincang. Berikan penjelasan sebaik-baiknya tentang usaha anda ini agar dapat dilakukan dengan tenang. Bila hati tenang semua tenang betul tak?

Ok, lets make money ! $

“You can find result or excuse, not both.” – MoshedFX


Sumber: moshedfx.com


Sunday, 1 November 2015

[MESTI TENGOK] Video UFO muncul di Melaka ketika hujan lebat malam semalam !!



Semalam, seorang pengguna Youtube, Alanj2007 Games memuat naik satu video yang dikatakan olehnya dua objek aneh di ruang udara Melaka.

Rakaman video berdurasi 20 saat itu memaparkan dua objek tersebut, satu di sebelah kiri dan satu lagi ditengah-tengah video terbabit.

Objek pertama dilihat mengeluarkan tiga cahaya hijau dan hanya terapung-apung diruang udara sebelum hilang.

Objek yang kedua pula dilihat mengeluarkan cahaya keputihan dan meluncur dengan laju sebelum hilang seolah-olah sedang menuju ke arah objek yang pertama.

Menurut kapsyen dari video tersebut, rakaman itu diambil ketika hujan lebat. Menurut Alan dia merakam video tersebut apabila terlihat sesuatu yang aneh di langit.

Alan juga turut memberitahu video tersebut diambil di melaka pada semalam dalam jam 4 - 5 petang.


Sumber asal: kitabantai.info


Piring terbangDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Piring terbang (juga dipanggil UFO) yang sering dimaksudkan ramai ialah sejenis objek terbang atau fenomena optik yang tidak dikenali. Ia dikatakan merupakan kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing (juga dipanggil E.T.). Ribuan manusia telah mengaku bahawa mereka telah melihat piring terbang, dan menangkap gambarnya. Dikatakan bentuk piring terbang itu berbeza-beza, ada yang pipih seperti piring, bulat seperti bola dan lain-lain. Warnanya juga bermacam-macam, malah ada piring terbang yang berubah warnanya apabila ditatap lama-lama.
Namun, sehingga kini kewujudan piring terbang masih tidak dapat dipastikan. Dalam kebanyakan kes, objek yang dianggap sebagai piring terbang itu sebenarnya ialah belon cuaca. Boleh jadi juga objek itu merupakan sebuah satelit, kapal udara, segumpal awan, sebuah meteor, komet, bintang ataupun sekadar bunga api yang meletup di udara. Belum terdapat apa-apa bukti yang mengatakan bahawa planet bumi telah dikunjungi makhluk asing dari planet lain.
Penggunaan istilah "piring terbang" pertama kali digunakan oleh juruterbang Kenneth Arnold yang melihat sembilan objek terbang aneh dalam suatu formasi di atas Gunung Rainier di pergunungan Cascade, Washington. Peristiwa itu terjadi pada 24 Jun 1947. Sejak itu, hal UFO banyak diperkatakan orang. Ia turut pernah dibicarakan di forum PBB pada 27 November 1978.

Sumber: Wikipedia

Adakah UFO wujud?
Terdapat lebih 140 kes UFO ‘singgah’ di Malaysia dicatatkan dalam tempoh 30 tahun lalu. Bagi peminat ‘piring terbang’, UFO bukan lagi khayalan.
ZAID ZAIN, 43, sedang minum di sebuah restoran di Larkin Perdana, Johor Bahru, pada 17 Mac lalu apabila anaknya yang berusia 10 tahun, Mohd. Nauman menelefon untuk memberitahu dia ternampak sebuah objek pelik berlegar-legar di ruang angkasa.Sebagai seorang yang obses dengan fenomena objek terbang tidak dikenali (UFO), Zaid bergegas pulang. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam manakala dada langit kelihatan cerah."Objek itu mempunyai dua warna iaitu putih dan hijau. Jika dilihat dari rumah saya, ia seperti betul-betul berada di ruang udara Stadium Larkin," katanya.Selepas kejadian itu, boleh dikatakan setiap hari Zaid akan mendongak ke langit, namun 'UFO' itu hanya boleh dilihat sebanyak dua kali dalam seminggu."Saya terfikir juga ia mungkin pesawat canggih negara jiran, tapi tidak mungkin kerana bentuk dan objek terbang yang saya lihat itu terlalu tinggi di udara," katanya.Adik Zaid, Mohd. Zamri, 30, sempat merakam pergerakan UFO tersebut dan menganalisis imej tersebut menggunakan komputer."Antara yang saya teliti adalah pergerakan, warna dan bentuknya," katanya.Mohd. Zamri percaya objek itu bukan layang-layang bercahaya. "Tidak mungkin layang-layang boleh terbang setinggi itu di angkasa dan bertahan sehingga lebih satu jam sebelum hilang di celah awan," jelasnya.Sekalipun UFO dianggap cerita dongeng oleh kebanyakan orang, masih ada rakyat Malaysia yang mempercayainya malah mendakwa pernah melihatnya.Menurut laporan, terdapat lebih 140 kes kemunculan UFO di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 30 tahun lalu iaitu dari tahun 1981 hingga 2008.Tanjung Sepat di Selangor dan Sungai Petani, Kedah ialah lokasi paling kerap objek itu didakwa muncul iaitu masing-masing sebanyak 10 dan lapan kali kali.Satu anggaran kasar pernah menyatakan pendaratan UFO di seluruh dunia berlaku setiap 15 minit atau 30 minit.Bagi bekas kakitangan kerajaan, Ahmad Jamaludin, 56, kemunculan UFO menjadi petanda gempa bumi akan berlaku di Sumatera, Indonesia.Kejadian gempa bumi di Sumatera dipercayai berlaku dalam tempoh 24 jam hingga tiga bulan selepas UFO dilaporkan muncul."Jarak kemunculan UFO adalah bergantung kepada kekuatan gempa bumi itu. Jika magnitud 5 (biasanya kalau berlaku di kawasan utara Sumatera), ia (UFO) akan muncul di sebelah utara Semenanjung. Misalnya Pulau Pinang atau Kedah."Tetapi, jika magnitud itu lagi kuat, ia akan pergi jauh lagi, contohnya di Kelantan, Terengganu. Bergantung kepada magnitud tersebut," katanya.Memiliki pengalaman selama 33 tahun dalam bidang kaji kuman dan penyakit haiwan akuatik, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Ahmad yang ditemui Kosmo! Ahad di ibu negara tidak lama dahulu begitu teruja apabila diajak berkongsi perspektifnya tentang UFO."Ya, saya yakin memang ada UFO kerana banyak data yang menyokong kehadirannya," kata Ahmad yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.Pernah belajar memandu dengan Kelab Penerbangan Perak, Ahmad memberitahu, beliau sering berhubung dengan pakar-pakar dan peminat UFO luar negara untuk merungkai misteri alam itu.Menurutnya, berdasarkan kajian menerusi kompilasi data-data sejak lebih tiga dekad lalu, UFO lazimnya muncul pada waktu malam."Data-data yang konsisten menunjukkan UFO biasanya muncul pada pukul 8 malam. Tetapi puncanya masih belum diketahui," ujarnya yang mula mengkaji tentang kehadiran UFO di Malaysia sejak tahun 1978.Ahmad berpendapat kekerapan kemunculan UFO mempunyai kitarannya sendiri."Kemuncak kemunculan objek asing ini akan berlaku setiap 10 tahun. Tahun 2001, misalnya, dikategorikan sebagai tempoh kehadiran UFO paling banyak. Jadi gelombang itu bakal berulang lagi pada tahun ini atau tahun hadapan," katanya.Kenapa hendak mengkaji UFO?"Dengan mengkaji pendaratan UFO, kita dapat buktikan bahawa terdapat makhluk lain selain daripada manusia."Pakar-pakar astronomi turut meramalkan terdapat jutaan bintang yang ada penghuninya. Tapi satu pun tidak sampai ke sini kerana jaraknya terlalu jauh."Jadi saya ingin buktikan bahawa makhluk asing memang wujud dan mereka datang ke bumi," terang Ahmad panjang lebar.Bagaimanapun, Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Zulhabibullah Ismail, memberitahu sehingga kini tiada bukti secara saintifik wujudnya UFO."Pengkaji di Amerika Syarikat dikatakan pernah terjumpa dengan makhluk asing yang dipercayai UFO namun apabila dikaji hasilnya hanyalah bangkai binatang ataupun manusia."Malah kajian Angkasa berdasarkan aduan orang ramai yang mendakwa melihat UFO di Perak, Johor dan Kelantan sebenarnya hanyalah objek payung terjun, belon kaji cuaca serta pergerakan arus elektrik di udara," katanya.Bicaranya lagi, kajian yang beliau lakukan juga mendapati objek yang disangka UFO ialah komet dan meteor."Seperti belon cuaca, ia mempunyai aluminium yang boleh memantulkan cahaya dan kelajuan angin membuatkan ia pantas bergerak."Pihak berkuasa Amerika Syarikat sendiri pernah mengkaji dengan serius sama ada UFO wujud atau tidak dengan memasang radio teleskop gergasi di kawasan pergunungan bagi berhubung dengan makhluk misteri itu."Tetapi program itu gagal walaupun berbilion dolar telah dihabiskan," ujarnya,Penceramah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah pula memberitahu, tiada satu pun ayat di dalam al-Quran dan hadis Nabi yang mengatakan wujudnya UFO."Yang ada ialah cerita mengenai syaitan, jin dan makhluk halus lain. Memang makhluk ini boleh bertukar rupa tetapi saya tidak pernah mendengar cerita jin bertukar menjadi piring terbang UFO," ujarnya.

Sumber: gambarpelik-fit.blogspot.my


Tuesday, 29 September 2015

Inilah Gambar Pelaksanaan Ibadah Haji 100 Tahun Lalu Yang Anda Tak Pernah Lihat



Inilah Gambar  Pelaksanaan Ibadah Haji 100 Tahun Lalu Yang Anda Tak Pernah Lihat


Gambar Ka’bah di tahun 1910




 Foto Bab Salam di tahun 1907, salah nama satu pintu di Masjid Nabawi


Gambar Masjid Khaif di awal abad ke 20


Rombongan para calhaj di awal abad ke 20 sedang membawa Hawdag


Suasana cukur rambut setelah selesai melaksanakan manasik ditahun 1953


Salah satu pintu masuk kota Makkah ditahun 1953.