Tuesday, 3 November 2015

Filled Under:

KISAH BENAR: "HANYA ORANG BODOH SAJA CAKAP SYURGA DI BAWAH KAKI SUAMI" [+viainfo: 3 Tips Ketenangan Emosi Untuk Trade Forex]


    Itulah yang dikatakan oleh seorang individu Pengguna facebook bernama Rohanita Puchong, kononnya dia berkata benar sebab pegi kursus kahwin,kami pun tak tau sama ada dia tak Fokus masa mendengar ceramah atau tempat kursus kahwin tu ajaran songsang.




    Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bermaksud:
    "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya." - (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

    Seperti semua sedia maklum, syurga seorang perempuan (belum kahwin) terletak di bawah tapak kaki ibunya.., tetapi, bagi seorang wanita (bergelar isteri), syurga nya terletak di bawah kaki suami. Maknanya, taat kepada suami maka, si isteri akan mudah mendapat syurga. Mudah sebenarnya seorang wanita untuk mendapat syurga Allah s.w.t.
    Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya." - (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
    Betapa Rasulullah s.a.w menyuruh kita taat kan suami dan kalau si isteri menderhaka kepada suaminya.., walaupun cuma keluar tanpa izin. Maka jadilah si isteri tadi isteri yang nusyuz.., dan sesungguhnya isteri yang nusyuz tidak layak di syurga Allah!
    Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
    "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." - (Riwayat Muslim)
    Janganlah disakiti hati suami.., fikir sebelum nak berkata-kata.., kalau tak termasuklah kita dalam golongan di atas ni.
    Kebelakangan ni mcam-macam kes tentang suami isteri dapat kita dengar, si isteri dah pandai mintak cerai sebab kononnya boleh hidup sendiri. Kalau lah si isteri yang mintak cerai dari suaminya baca hadis ni, rasanya mesti tak gamak dia nak berbuat sedemikian :
    Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud:
    "Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara' maka haram baginya bau syurga." - (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
    Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk kesyurga yang Allah s.a.w berikan kepada isteri iaitu dengan hanya Menjaga Solat, Puasa,Jaga Kehormatan dan Taat Kepada Suami.
    Sebagaimana Sabda Rasullullah s.a.w "Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki"
    Sabda baginda lagi.., "Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab!"
    Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipancung .
    Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud : "Dan Allah s.w.t mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : "Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."
    Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah s.w.t, lalu Allah perintahkan kepada malaikat : "Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga."

    SUMBER EBERITA


    Sumber asal: oohmygee



    3 Tips Untuk Dapatkan Ketenangan Emosi Untuk Trade Forex


    1. Modal yang Sesuai

    Apa sahaja berkenaan duit, mesti ramai yang marah. Barang naik harga, ramai yang marah. Orang pinjam duit tak bayar, ramai yang marah. Duit kena curi, ramai yang mengamuk. Kena tipu dengan skim cepat kaya, lagi lah orang mengamuk betul tak? Pendek kata, ramai manusia tidak dapat kawal emosi apabila dikaitkan dengan duit. Jadi untuk kawal emosi, permulaan kita kena kawal penyebab emosi iaitu kawal duit dengan Mula Trade dengan Modal yang Sesuai!

    Kenapa perlu ada modal yang sesuai? Agar anda tak menggelabah bila order anda kena Stop Loss. Agar anda dapat follow rules yang ditetapkan. Apabila dapat sediakan modal yang sesuai untuk trade forex, jadi anda dapat sediakan target trading yang reasonable, iaitu yang logik. 10% atau 20% sebulan, untuk upgrade hidup. Bayar duit kereta, bayar bil eletrik, bil telefon dan sebagainya. Bukan dengan USD100, nak trade jadikan 10K dalam masa sebulan. Jika anda dapat buat begitu, itu hanyalah rezeki yang Tuhan nak bagi secara sengaja. Orang panggil bertuah! Kalau tidak anda akan kekal menjadi “mat depo” dan mula mengatakan Forex ini menipu!


    2. Cari Teknik yang Sesuai dan Praktis Guna Demo Akaun

    Siapa guna akaun demo, sila angkat tangan! Maksud saya guna akaun demo secara betul-betul, trade dengan ada jurnal, catitan dan follow rules trading. Banyak broker sediakan akaun demo tetapi ramai yang tak sabar-sabar dan manfaatkan demo akaun tersebut. Sepatutnya guna akaun tersebut untuk test trading skill anda. Cuba bertahan guna demo dalam 3 bulan.

    Saya ingat lagi pada tahun 2012, saya ada mengalami kerugian trading yang telah menelan 50% dari modal trading saya. Saya stop dulu trade real. Saya guna demo, cari balik rentak, seolah-olah trading real. Untuk cari rentak balik, saya buka akaun demo, dan hampir 5 akaun demo saya habis 50% dari modal juga, sebelum saya jumpa teknik yang saya apply guna pada akaun demo yang dapat maintain 2 bulan profit. Baru saya kembali ke real trading dan start fresh bersama teknik yang dah diperbaiki.

    Forex ini kadang-kadang market tu berubah trendnya,berubah rentaknya. Jadi bila berubah, kita perlu cari teknik yang dapat adapt dalam hal ini. Orang kata , ” if you can’t change direction of wind, adjust your sails to reach your destination.”

    Ramai orang merungut, demo akaun tak ada feel, tetapi bila rugi duit real dalam forex, kata forex ini menipu pula. He he. Janganlah buka akaun demo, install dalam handphone dan rasa nak buy masuk buy, rasa nak sell masuk sell, main hentam keromo sahaja trade. Tiba2 untung banyak akaun demo terus rasa nak cuba akaun real, memang tak ada feel lah jawabnya. Sepatutnya akaun demo tu buat betul2 macam trade akaun real, ada jurnal dan sebagainya. Kalau teknik praktis pun tak dapat kawal, jangan harap untuk kawal emosi ketika trading.


    3. Suasana yang sesuai

    Jika ada bilik lebih dirumah, dan rasa ingin betul-betul serius dalam trading walaupun secara part-time, sediakan satu bilik trading. Tak perlu hebat-hebat, just ada kerusi dan meja letak PC atau laptop, dah cukup untuk jadi meja trading. Nanti dah profit banyak boleh design meja trading forex hebat-hebat yang dapat bantu anda beri lebih tumpuan. Cerita dari rakan saya, kadang-kadang tak ada tempat, trade di ruang tamu. Dengan anak kecil datang nak tengok upin-ipin la, boboiboy lagi, sebab dah tengok ayah dia buka laptop, memang kalau trading juga akan kelaut lah jawabnya.

    Jadi ada bilik dengan suasana trading yang sesuai,walaupun anda adalah trader part time, sangat membantu. Balik kerja, trade di rumah pada sesi US open, cari teknik yang serasi yang dapat banyak setup time tersebut.Praktis dan praktis.

    Yang dah bekeluarga, cari suasana yang sesuai. Yang suami dapatkan sokongan isteri agar faham tentang apa yang anda buat ini. Berbincang. Berikan penjelasan sebaik-baiknya tentang usaha anda ini agar dapat dilakukan dengan tenang. Bila hati tenang semua tenang betul tak?

    Ok, lets make money ! $

    “You can find result or excuse, not both.” – MoshedFX


    Sumber: moshedfx.com




    0 comments:

    Post a Comment