Hal tersebut dikatakan berlaku selepas pihak polis tempatan di ibu kota AS itu cuba untuk meleraikan pergaduhan melibatkan antara dua kumpulan remaja.
Walau bagaimanapun, seorang remaja perempuan di situ secara tiba-tiba menari di hadapan anggota polis wanita mengikut alunan muzik yang dipasang di lokasi tersebut.
Namun begitu, anggota polis yang tidak mahu mendedahkan namanya itu kemudian telah bersikap positif berbanding memarahi remaja berkenaan.
“Itu sahaja gaya yang kamu ada? Saya ada gerak tari yang lebih hebat daripada itu,” kata polis tersebut sambil menunjukkan skill menari yang dimilikinya.
Semua remaja di situ kedengaran ketawa dan terhibur dengan aksi rakan mereka bersama dengan anggota polis berkenaan.
Memang sporting habislah kalau semua polis macam ni! – SUMBER ASAL MYNEWSHUB.CC
POLIS EVO LAKAR SEJARAH BARU KUTIP RM17.30 JUTA POTONG THE JOURNEY
Polis Evo lakar sejarah baru kutip RM17.30 juta potong The Journey
Filem Polis Evo melakar sejarah baru dalam industri filem tempatan apabila meraih kutipan RM17.30 juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam seluruh negara dan Brunei.
Kutipan itu juga melonjakkan Polis Evo sebagai filem tempatan dengan kutipan tertinggi mengatasi The Journey (RM17.28 juta) pada tahun lalu.
Penerbit yang juga Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, kutipan luar biasa itu adalah situasi yang memberangsangkan bagi industri perfileman tempatan yang sambutannya tidak menentu daripada penonton.
“Meskipun industri perfileman tempatan mengalami masalah kutipan tiket yang suram di pawagam, masih ada beberapa karya mampu dibanggakan.
“Pihak Astro Shaw, termasuklah pelakon dan pekerja filem bersyukur dan kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Polis Evo yang diarahkan Ghaz Abu Bakar mula ditayangkan sejak 17 September lalu dan masih ditayangkan di 171 pawagam seluruh negara untuk minggu ketujuh.
Dibintangi Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai teraju utama, Polis Evo mengisahkan dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk melumpuhkan operasi pengedaran dadah.
Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment