Thursday 5 November 2015

Filled Under:

SERAM !! Apa Yang Tersangkut Pada PAPAN TANDA Jalan Ini Memang ANEH & MENIMBULKAN TANDA TANYA !!! [+viainfo: 4 Tips Untuk Jadikan Kerjaya Forex Trader Anda Lebih Mudah]




    Sumber: bulletinmedia





    4 Tips Untuk Jadikan Kerjaya Forex Trader Anda Lebih Mudah

    Seperti anda sedia maklum, forex trader adalah satu kerjaya di institusi kewangan. Jadi sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang trader, tentulah ada syarat yang perlu dipenuhi supaya anda juag boleh berjaya walaupun jadi trader dari rumah. Berikut adalah 4 tips untuk membuatkan anda lebih mudah untuk berjaya:

    #Buat Trading Plan dan Ikutinya:
    Trading adalah sama seperti perniagaan atau kerjaya lain yang mana, jika anda tidak mempunyai perancangan dan pelan tindakan, anda memang menempah kegagalan. Trading plan adalah satu keperluan kerana tanpanya trading akan jadi satu perjudian. Trading plan yang baik akan menentukan 3 peraturan yang perlu dipatuhi: bila masa untuk masuk market, berapa had risiko, dan bila masa nak exit. Itu sahaja. Ia adalah penting untuk anda bangunkan satu trading plan dan patuhi peraturan yang anda sendiri buat, jika anda berharap untuk menjadi trader yang berjaya.

    #Belajar Untuk Terima Kerugian:
    Kerugian adalah sebahagian daripada perniagaan, begitu juga trading yang sememangnya satu perniagaan dan tidak ada seorang trader pun yang akan terlepas dari mengalami kerugian. Bezanya cuma sama ada anda rugi banyak dari untung, atau untung lagi banyak dari rugi.
    Sebagai manusia kita memang mencari kesempurnaan dan kita percaya bahawa jika kita boleh mencari teknik yang betul, kita boleh trade dengan sempurna dan tidak akan mengalami kerugian. Malangnya itu satu ilusi dan tidak akan berlaku, kerana trader terbaik dunia pun mengalami kerugian dan faham bahwa ianya sebahagian daripada perniagaan. Kuncinya adalah tidak takut dengan kerugian, tetapi menerima hakikat bahawa kerugian boleh berlaku dan oleh itu risiko perlu diuruskan dengan sewajarnya.

    #Gunakan MM yang betul:
    Kunci untuk berkekalan dalam dunia forex adalah dengan mengawal risiko. Anda perlu menahan godaan untuk trade kerana nak untung banyak dan tukar mindset kepada trade untuk rugi sedikit. Oleh kerana kerugian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, jadi set minda anda untuk kawal kerugian. Anda perlu jaga modal anda seperti anda menjaga yang tersayang. Anda tentu tidak akan membahayakan nyawa ahli keluarga anda yang tersayang bukan? Jadi jangan risikokan modal anda untuk trade yang tidak perlu atau secara mebabi buta, kerana modal anda adalah talian hayat kerjaya trading anda. Pastikan risiko maksimum anda adalah antara 2-3% untuk setiap trade dan anda akan pastikan jika anda mengalami rentetan kerugian, anda masih ada modal untuk meneruskan kerjaya anda.

    #Jangan Jadi tamak:
    Apabila anda membuka position dan pasaran seolah mengikut apa yang anda fikirkan macam magic, anda akan tergoda untuk hold lebih lama dengan trade anda kerana anda fikir ia akan terus bergerak dalam arah yang sama, sekaligus membuat anda nak dapatkan lebih banyak untung. Walau bagaimanapun, ini boleh memakan diri apabila pasaran boleh berubah dengan cepat dan menghakis semua keuntungan anda dan anda kembali floating negatif.
    Untuk mengelakkan ini, anda perlu ada strategi pengurusan trade. Kerana itulah penting untuk tahu sama ada post yang akan dibuka adalah untuk intraday atau swing. Kalau intraday, ambillah untung apabila pasaran telah memenuhi range hari itu atau mencapai take profit yang telah anda tetapkan. Sekiranya swing, mungkin anda boleh alihkan stop loss apabila pasaran telah berada jauh dari entry anda. Alihkan ke breakeven bukan alihkan supaya jadi lebih besar. Jumlah ini harus ditakrifkan dalam trading plan anda dan harus dipatuhi.
    Forex mungkin nampak macam susah atau seperti mustahil untuk dipelajari, tetapi dengan tips ini anda akan lebih mudah untuk berjaya dalam kerjaya forex trading. Ramai orang yang gagal sebab tak ikut semua ini, betul tak? tepuk dada tanya diri.
    Perlukan kelainan dalam Chart Trading Platform anda ? Dah cuba Platform Trading Station Desktop dari FXCM ? Ia sangat menyeronokkan dan lain dari platform trading biasa. Rujuk maklumat lanjut di sini : KLIK SINI

    Sumber: moshedfx.com




    1 comments:

    1. Casino queen | Official Website
      Casino queen.com.Casino: Welcome to Casino Queen! Play the hottest slots and table games for free! Exclusive bonuses, huge jackpots and 샌즈카지노 the best free 카지노 slots. Rating: 6.2/10 · ‎21 votes · ‎Free · ‎Game クイーンカジノ

      ReplyDelete