#Raja Ilya, 27, berkata, tindakan itu dibuat selepas tunangnya nekad meninggalkannya akibat menerima tekanan daripada pihak keluarga lelaki yang malu dengan penyebaran gambar itu.......
#"Ketika gambar itu disiarkan dalam sebuah akhbar saya sebenarnya telah mempunyai kekasih lain dan kami telah pun bertunang.......
#"Saya telah diberi kata dua oleh keluarga tunang sama mahu memilih kerjaya sebagai pelakon atau pun bersama tunang? Jadi, saya membuat keputusan untuk mengorbankan kerjaya saya semata-mata untuk bersama tunang ketika itu.......
#"Tetapi isu gambar tersebut sentiasa dibangkitkan sehingga tunang saya memutuskan tali pertunangan kami awal tahun lalu.......
#"Akibat daripada kejadian itu saya menjadi tertekan sehingga menyebabkan saya mengambil pil tidur berlebihan....... Perbuatan buruk saya itu menyebabkan nyawa saya hampir-hampir melayang," ujarnya kepada mStar Online selepas ditemui pada sidang media majlis pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di sini pada Isnin.......
#Tambah Raja Ilya, akibat perbuatan itu, hampir dua minggu dia terlantar di hospital kerana menghadapi masalah buah pinggang.......
#"Alhamdulillahlah saya kembali pulih dan saya sedar itu adalah tindakan ***** yang pernah saya lakukan,” katanya.......
#Dalam pada itu, Raja Ilya mengakui telah bergaduh besar dengan seorang wartawan yang menyiarkan gambar tersebut selepas setahun menyimpan perasaan marah.......
#Dia terserempak dengan wartawan tersebut dalam sebuah kapal terbang semasa ingin ke sebuah destinasi.......
#"Saya tidak faham mengapa dia ingin berbuat begitu kepada saya sehinggakan hidup saya hampir-hampir musnah.......
#"Ketika itu juga pelbagai masalah menimpa diri saya tambahan pula emak saya disahkan menghidap kanser....... Bayangkan perasaan saya ketika itu....... Memang saya bertekak dengan dia dan dia berjanji untuk membersihkan nama saya....... Saya akan pegang pada janji itu," ujarnya.......
#Sementara itu, Raja Ilya berkata, dia sudah bersedia untuk kembali bangkit dan membina nama sebagai pelakon yang disegani di negara ini.......
#Katanya, cukuplah setahun setengah dia membazirkan masa dengan bersembunyi dan setia kepada lelaki yang tidak menghargai cintanya.......
"Saya sudah tidak kisah apa yang orang ingin kata tentang saya kerana apa yang penting keluarga tahu apa yang saya buat.......
"Sekarang adalah masa untuk memperkenalkan kembali nama saya yang sudah tercalar," katanya.......
Sumber: Hmetro
Sumber asal: storym0ry
Apa itu Forex ?
Mungkin anda pernah dengar orang berkata tentang forex itu adalah foreign exchange, tukaran matawang asing dan lain-lain istilah. Saya tak akan ceritakan tentang itu, kerana pada istilah biasa, anda mungkin boleh terus search di wikipedia.Di sini saya akan terangkan tentang, forex trading atau berdagang forex. Info asas apabila orang sebut forex, adalah seperti di bawah. Saya letakkan dalam point form supaya anda tak rasa macam saya sedang baca bedtime stories.
- Forex – dagangan tukaran matawang asing
- Tukaran pergi balik dalam forex mencecah sehingga USD 4 Trillion sehari
- Forex – sama macam saham lebih kurang beli harga rendah, jual harga tinggi – istilah ialah ‘LONG/BUY’
- ‘LONG/BUY’ – buat untung apabila harga bergerak naik
- Boleh juga jual dahulu pada harga tinggi, beli balik pada harga rendah – istilah ialah ‘SHORT/SELL’
- ‘SHORT/SELL’ – buat untung apabila harga menurun
- Forex tidak sama seperti saham, forex buka 24 jam sehari, 5 hari seminggu
- Buka pasaran hari Isnin sekitar 5/6 pagi dan tutup hari Sabtu sekitar jam 5/6 pagi
- Nak berdagang forex, perlukan broker forex sebagai platform.
- Berdagang guna platform eletronik dikenali sebagai MT4
- MT4 ini adalah sebuah software, install dalam komputer, dan dapat lihat turun naik harga, dapat buat order dan analisis
- Platform pun dah ada dalam smartphones, android,IOS,windows phone dan lain-lain. Mudah janji ada internet.
- Boleh mula sekitar USD 5 sahaja, lebih kurang RM15 untuk permulaan
- Ada juga akaun demo, duit virtual untuk kita cuba sehingga 100 ribu US Dollar
Berikut adalah sedikit sebanyak info tentang forex secara ringkas dan asas. Saya akan huraikan lebih lanjut dalam post akan datang.P/s: Forex boleh buat duit? Jawapannya boleh tapi perlu belajar dan berdagang dengan ilmu.
Sumber: moshedfx.com
0 comments:
Post a Comment