Sumber: encikpenyu
Jembalang Tanah
Suatu malam raya pada tahun 1993,kami sekeluarga berkumpul di rumah Atuk.Suasana tersangat meriah pada waktu itu berbanding zaman sekarang.Waktu itu suasana masih begitu meriah.Emak-emak saudara semua masih belia dan bertenaga,sedang sepupu-sepupu aku ramai yang belum kahwin lagi itu dan ada yang masih belajar lagi.Bagi kami generasi kedua dalam keluarga besar,raya bermakna dunia ini kami yang punya.
Kami berkumpul diruang tamu depan sambil emak-emak saudara sibuk menganyam ketupat,sepupu-sepupu tuaku sibuk berborak,dan kami yang masih kecil dipaksa tidur awal,entah macam mana timbul cerita-cerita seram.Khusyuk semua mendengar,daripada yang muda hingga yang ketua.Satu daripadaa cerita yang masih aku ingat ialah;
Arwah moyang kami,(kita panggil Tok Ayah) dulunya adalah keluarganya adalahyang paling kaya didaerah kami pada zaman 1800 dulu.Namun kerana kurangnya kesedaran menabung,apa yang diwarisi generasi kami adalah kenang-kenangan saja.
Tok Ayah pada zaman tuanya masih kuat berjalan.Dikatakan berilmu dunia juga sedikit sebanyak,antara ilmu diketahuinya ialah ilmu harimau.Pengamalnya akan kelihatan menggerunkan.Suara mereka akan kedengaran bertempik seperti kilat dilangit.Dan paling misteri pengamalnya tahu apa yang dibuat oleh ahli keluarganya walau jauh berada.
Ketika itu,emak-emak saudara masih kecil lagi.Berhingus.Selalulah mereka mendampingi Tok Ayah,mungkin waktu itu beliau sudah tidak lagi mengamalkan ilmu harimaunya.Kalau tidak jangan harap cucu-cicit nak dekat.
Suatu hari,Tok Ayah menyatakan mahu pergi ke Bandar Pontian berseorangan.Teringin makan sate katanya.Namun sedihnya itulah hari terakhir Tok Ayah dilihat bernafas.Beliau maut dilanggar kereta berhampiran jambatan kampung.Sudah ajal lah maksudnya kan?kaum keluarga kami redha saja.Nak-nak kawasan tersebut memang selalu kemalangan.
Namun tidak lama kemudian,seorang bomoh mendakwa punca kematian Tok Ayah dan kemalangan-kemalanagan lain ialah kerana rasukkan jembalang yang bergentayangan berhampiran jambatan kampung itu.Zaman itu hal tahyul masih kuat.Jadi tiada siapa yang mempertikaikan.
Maka penduduk kampung bersetuju meminta bomoh itu menghalau jembalang puaka tersebut.Mudah saja kerja bomoh itu,sediakan makanan berupa kambing putih disembelih,dan dikatakan jembalang tersebut telah dipindahkan jauh.
Namun baru diketahui kemudian jembalang tersebut sekadar berpindah tempat tidak berapa jauh dari jambatan tersebut.
Di depan sekolah rendah kampung je duduk pindahnya......pehhhhh. Penipu memang syaitan ini.
Sumber: seramketakutan
Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.
Matlamat
Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut.
Status
Jembalang tanah adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia. Tetapi jembalang tanah boleh dipelihara apabila sejenis mentera dibacakan dan dihidangkan makanan.[1]Upacara ini biasanya dilakukan di kawasan hutan atau busut yang terbiar.[2]
Penelitian secara ilmiah
Penerokaan tanah hutan pada masa dahulu adalah satu tugas yang berat, di mana peneroka terpaksa tinggal selama berbulan-bulan bagi menebang dan membersihkan kawasan hutan. Pada ketika itu, mereka terdedah kepada serangah haiwan buas, bahaya ditimpa pokok, penyakit, dan bahaya-bahaya lain. Dengan mempersembah acak kepada jembalang tanah, mereka merasakan mereka berhak meneroka kawasan tersebut dan akan dijauhi daripada bahawa-bahawa diatas. Malah mungkin mereka mnerasakan jembalang tanah pula akan melindungi keselamatan mereka sebagai balasan acak tersebut. Dengan itu mereka lebih yakin untuk meneruskan pembukaan tanah baru tersebut.
Sumber: wikipedia
Jembalang Tanah dan Hantu Air
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ni kita akan berkongsi mengenai dua ekor hantu yang sangat popular dengan kehidupan masyarakat melayu. Jangan lak pulak korang ingat hantu ni setan, kadang2 boleh jadi ia jin ataupun makhluk yang kita tak tahu pun apa jenis dia. Maklumlah, dunia ni luas, sapa cakap dunia ni kecik, yang kecik dunia kita je.
Tapi, bagi pak cik senang je, benda2 camni selalunya jatuh pada suku suku makhluk halus, kan senang, tak yah pening kepala. Hohoo. Ok, kita masuk dulu untuk mengenali siapakah jembalang tanah, Kenapa mesti tanah, tanaha tu tanah aluvium ke, tanah gambut ke tanah padang bola sepak ke..
Jembalang tanah, nama pun jembalang tanah ni, kerja dia memang la dok atas tanah. Diorang ni tak terbela dan berkeliaran di sekitar hutan rimba. Adalah menjadi pantang larang diorang kalo ada orang menerobos masuk kawasan diorang. Memang la kena lipat ngan geng jembalang ni. Tapi, dengan berbekalkan mantera dan beberapa bacaan, boleh la dipelihara jembalang ni.
Selalu ritual tersebut akan dibuat diatas busut. Da memang busut ni port lurus2 pinggang jembalang ni suma. Biasanya orang2 melayu dulu puja busut sebab nak bukak tanah baru. Ala, kira macam tol la.. Tapi syirik la wei…
Ok, yang kedua adalah hantu air. Maknanya paya , tasik dan sungai, bukannya hantu air dalam tangki air ke, kolah konsortium ke, swimming pool apartment 13 tingkat. Makna pakcik takungan semula jadi. Hantu air ni tercipta disebabkan orang-orang yang membuang ilmu-ilmu tu hanyutkan belaan diorang. Hantu air agak ganas gak la, sebab kalo bertembung je ngan dia, mesti dia nak kaco. Nak kesan dia senang je, nampak air tu berkilau2 tu petanda yang dia ada kat sekitar
Sumber: berkatrezeki.com
0 comments:
Post a Comment