Yang menarik perhatian kami adalah dekorasi dan tema majlis tersebut.Bertemakan Halloween Night?
Jom korang tengoklah foto-fotonya.
Sumber: gosippasalartis.blogspot.my
Rasa macam baru saja nikah - Que Haidar Oleh Zaidi Mohamad
KUALA LUMPUR: Tanggal 14 Februari lalu genap enam tahun usia perkahwinan Que Haidar dan guru tari, Linda Jasmine. Ketika ini pasangan bahagia itu sedang meraikan kebahagiaan mereka di kota cinta, Paris. Malah Que Haidar juga rancak memuat naik gambar percutian mereka di negara Eropah itu. Pasangan ini bercuti berdua tanpa diiringi anak tersayang. Menerusi perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra. "Alhamdulillah enam tahun yang membahagiakan dan Insya-Allah di harap terus berpanjangan sampai ke jannah. Semua okey! "Anak pun sudah mula bersekolah. Saya rasa macam sudah tua. Tapi sejujurnya tak sangka sudah masuk tahun keenam perkahwinan kami. "Rasa macam baru nikah pun ada juga. Linda di mata saya, dia sebahagian dalam hidup saya. Ikutkan hati mahu juga tambah anak tapi ia bukan perkara mudah kerana banyak perkara kena difikirkan," katanya. Pasangan ini terlebih dulu menjejaki Amsterdam selama lima hari sebelum ke Paris juga selama lima hari.
Sumber: bharian.com.my
Tengku Ratu Haidar penyeri hidup Linda-Que
PETALING JAYA: Koreografer Linda Jasmine telah selamat melahirkan bayi perempuan, Tengku Ratu Haidar, pada pukul 2 petang semalam di hospital Gleaneagles, Ampang.
Isteri kepada pelakon Que Haidar ini melahirkan Ratu secara pembedahan
Que yang dihubungi melahirkan rasa bersyukur dengan kelahiran bayi seberat 3 kg itu.
"Semasa menemaninya bersalin, perasaan saya bercampur-baur...gembira, tak sabar, teruja serta takut.
"Walaupun saya takut dengan darah, saya kuatkan juga semangat untuk terus berada di situ sampai Linda selesai bersalin.
"Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma Linda kurang sihat dan demam selepas bersalin kesan daripada pembedahan tersebut kerana dia alah pada ubat-ubatan," katanya yang berehat sementara daripada lakonan demi menjaga Linda dan anaknya itu.
Ratu bayi pertama hasil perkahwinan Que dan Linda manakala linda sebelum ini turut mempunyai seorang anak, Qalif Khan hasil perkahwinan pertamanya dulu.
Buat masa ini, Que berkata dia dan Linda belum bersedia untuk menunjukkan wajah bayi mereka di media massa, namun tidak menghalang pihak media yang ingin melawat Linda dan bayi mereka.
Sumber: whitect30-tentangartis.blogspot.my
Que persiap mental untuk bergelar suami dan bapa
RAMAI menjangkakan pelakon Que Haidar, 30, tidak layak untuk bergelar suami kepada jurutari profesional Linda Jasmine, 37, disebabkan faktor usia dan karektornya yang kurang matang. Namun, di pihak yang lain, ramai juga bersetuju dengan keputusan Que.
Secara analoginya, tuan empunya badan sendiri sudah memberikan alasan yang dia tidak mengambil kisah tentang usia dan menerima Linda seadanya termasuk dengan statusnya sebagai ibu tunggal kepada seorang anak, Qalif Khan.
Tanpa mengira apa jua kutukan orang, pasangan ini tetap akan mendirikan rumah tangga dan telah menetapkan tarikh 14 Februari depan untuk diijabkabulkan.
Mereka memilih Restoran Bora Ombak, Ampang sebagai lokasi pernikahan yang bakal disaksikan oleh keluarga dan teman rapat masing-masing.
Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi, masakan masing-masing tidak berdebar menanti hari bahagia dan dalam masa yang sama sibuk menyediakan persiapan perkahwinan.
Kata Que atau nama sebenarnya Tengku Ishkan Shah Tengku Haidar, kebanyakan urusan bermula daripada pakaian pengantin sehinggalah majlis kenduri nanti, sebahagiannya diserahkan kepada bakal isterinya itu kerana lebih arif dan mengenali teman-teman yang mempunyai profesion perunding perkahwinan dan pereka fesyen terkenal.
Bagi diri Que sendiri, dia memikul sebahagian tanggungjawab lain dan selebihnya melakukan persediaan untuk bergelar seorang suami dan bapa.
“Bagi saya, persediaan mental dan persefahaman antara saya dan Linda perlu kuat. Saya tak boleh pentingkan diri-sendiri. Kadangkala, saya perlu juga bertolak ansur dengannya.
“Selain itu, sikap sabar juga penting untuk menempuh alam perkahwinan nanti. Saya perlu sentiasa mengingatkan diri-sendiri bahawa saya akan bergelar seorang suami dan bapa,” jawab Que yang kini semakin dikenali kerana bakat lakonannya.
Que berharap orang lain akan mendoakan kebahagiaannya dan Linda kelak. -foto The Star oleh SAMUEL ONG
Sehebat mana pun lakonan Que, dia juga perlu melunaskan tanggungjawab membimbing seorang isteri kelak.
Tegas Que, dia akui tanggungjawab tersebut amat berat untuk dipikul oleh sesiapa sahaja yang bergelar suami.
“Diikutkan, saya ni jenis seorang yang berfikiran terbuka tetapi saya akan cuba membimbingnya kelak.
“Saya akan cuba lakukannya demi kebahagiaan kami sekeluarga. Kebahagiaan itu penting dalam rumah tangga,” ulas Que yang turut mengambil contoh pengalaman ibu dan arwah bapanya menguruskan rumah tangga.
Tambah Que, dia kagumi sikap ibunya yang sangat menyayangi arwah bapanya sehingga tidak mahu berkahwin lagi.
Que juga mengambil contoh kedua bakal mertuanya yang hingga kini setia meniti kehidupan bersama.
“Saya berharap orang lain akan mendoakan kebahagiaan kami berkekalan seperti kedua ibu bapa kami,” luah Que yang enggan memberikan komen tentang isu pakaian seksi Linda ketika majlis pratonton filem Maut baru-baru ini.
Ujar Que : “Biarlah apa orang nak kata. Orang ada mata tengok, ada mulut cakap.”
Selepas Maut, Merempuh Karma pula
Que memegang watak JJ di dalam filem Maut yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang mulai semalam, 15 Januari.
Siapa tidak kenal dengan kehebatan lakonan Que di dalam filem bergenrekan thriller dan bermesejkan keislaman, Maut.
Filem ini sedang ditayangkan di pawagam mulai semalam, 15 Januari.
Begitu juga dengan filem terbaru, Merempuh Karma yang bakal dilakonkan oleh Que mulai 18 Mac depan.
Filem terbitan Secondlife Pictures Sdn. Bhd. itu merupakan sebuah filem bergenre aksi, memaparkan realiti kumpulan kongsi gelap dan kegiatan ala 'Mafia' di Malaysia sendiri.
Jika melihat kejayaan Que membawakan watak JJ di dalam filem Maut, maka tidak hairanlah jika dia bakal mengulangi kejayaan lakonannya melalui filem Merempuh Karma yang bakal ditayangkan mulai awal tahun depan.
Ditambah pula, Que juga turut bekerjasama dengan otai-otai dalam bidang lakonan seperti Ahmad Yatim, Sidi Oraza, Fauziah Nawi dan Rosyam Nor.
"Saya rasa bertuah kerana terpilih untuk berlakon dengan pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Faizal Hussein, Ahmad Yatim, Sidi Oraza dan Rosyam Nor.
"Siapalah saya untuk berlakon sebaris dengan mereka. Jadi, peluang ini merupakan penghargaan untuk saya.
"Bodohlah saya kalau menolak tawaran untuk berlakon filem ini," ujar Que yang memegang watak Abban iaitu salah seorang watak utama dalam filem Merempuh Karma.
Menurut Que, dia belum selesai membaca skrip filem tersebut. Oleh itu, dia belum dapat memberikan gambaran sebenar tentang perwatakan Abban.
Filem menelan belanja sekitar RM1.8 juta ini bakal menjalani pengambaran selama 60 hari di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan London.
Filem arahan Azhar Yunus ini turut dilakonkan oleh Hasnol Rahmat, Raja Farah, Liyana Jasmay, Kamal Adli dan beberapa pendatang baru.
Sumber: mesra.net
0 comments:
Post a Comment